Sample Page Title

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform seirama wa­nita menjelang Sukan SEA Hanoi di Vietnam akhirnya terjawab.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Nur Dhabitah Sabri diumumkan sebagai gandingan baharu Pandelela bagi menggantikan tempat Datuk Leong Mun Yee yang mengambil keputusan bersara sebagai atlet pada hujung tahun lalu.

Jurulatih skuad terjun kebangsaan, Li Rui berkata, Dhabitah menunjukkan persefahaman cukup baik bersama Pandelela biarpun sudah hampir tiga tahun dia tidak beraksi dalam acara 10m platform.

“Pengganti Mun Yee yang akan bergandingan dengan Pandelela nanti adalah Dhabitah. Selepas Sukan Olimpik, memang kita sudah mula buat persiapan untuk acara platform dan ia menghasilkan sesuatu yang positif.

“Sebelum ini, memang Dhabitah sudah tiga tahun tidak beraksi dalam acara platform. Bagaimanapun, selepas kembali menjalani latihan, prestasinya agak baik,” katanya pada sidang akhbar kontinjen Malaysia di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.


Selain 10m platform seirama, Dhabitah yang juga pemenang empat pingat emas Sukan SEA akan turut beraksi dalam acara satu meter papan anjal individu wanita pada edisi ke-31 itu nanti.

Sementara itu, Li Rui turut berkata, beliau kekal dengan sasaran untuk menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan dalam sukan terjun biarpun membariskan ramai muka baharu kali ini.

“Sasaran kita memang untuk bawa pulang lapan pingat emas walaupun ia sedikit mencabar kerana ada beberapa atlet akan beraksi buat kali pertama pada Sukan SEA. Mungkin kita akan ke sana lebih awal untuk menguji venue pertandingan,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia me­nyapu bersih empat pingat emas yang ditawarkan dalam sukan terjun pada Sukan SEA Filipina 2019 selain turut membawa pulang dua pingat perak.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...