• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar IT Sahkan Data Undi 5 Cabang PKR Hilang

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lima pakar teknologi maklumat (IT) mengesahkan data undian di lima cabang PKR Melaka hilang, sekali gus menolak dakwaan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyorok atau memanipulasi data berkenaan.

Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din, berkata disebabkan oleh pelbagai persepsi timbul selepas pihaknya mengeluarkan kenyataan bahawa data berkenaan hilang, pihaknya membuat keputusan untuk memanggil pakar IT bagi mencari data berkenaan.

“Kita memanggil lima pakar IT iaitu seorang daripada Institut Darul Ehsan (IDE), seorang wakil dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pakar daripada Ukraine, seorang pakar mewakili Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan seorang pakar mewakili Rafizi Ramli.

“Selepas 30 minit membuka program berkenaan, mereka sepakat mengakui bahawa data berkenaan memang tiada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IDE, di sini.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan membawa penemuan berkenaan ke peringkat pusat dan berbincang sama ada pengundian semula akan dilakukan secara keseluruhan atau hanya pengundi yang terbabit sahaja.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak punca kehilangan kira-kira 2,000 undi itu adalah disebabkan talian internet yang lemah dan tidak stabil.

“Apabila talian internet lemah dan tidak stabil, data undian tidak dapat ditolak ke stor penyimpanan (cloud).

“Justeru, untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, pengaturcara kami akan membuat simpanan salinan terus (direct duplicate storage) untuk memastikan setiap data undian tidak hilang,” katanya.

Sabtu lalu, sebanyak 2,000 undi yang dilaporkan ‘hilang’ membabitkan lima daripada enam cabang PKR Melaka yang baharu selesai menjalankan pemilihannya.

Dilaporkan, kehilangan kira-kira 60 peratus undian yang dibuat melalui sistem e-undi itu agak mengejutkan sehingga gagal untuk memuktamadkan keputusan rasmi pemilihan parti di negeri berkenaan. – BH Online

Tags: JPPPakar IT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

100 Rakyat Malaysia Cenderung Sertai Pengganas

Next Post

Perak Yakin Kekal Kejuaraan Hoki Piala Tun Abdul Razak

Related Posts

JPP Umum Pengundian Semula Di 13 Cabang PKR

25/05/2022
0

PEMILIHAN PKR | Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula pengundian secara fizikal di 13 cabang seluruh...

JPP Jangka 10,000 Daftar Pencalonan Pemilihan Cabang PKR

10/04/2022
0

SHAH ALAM - Jawatankuasa pemilihan Parti (JPP) menjangkakan pendaftaran pencalonan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 di 222 cabang seluruh...

Next Post

Perak Yakin Kekal Kejuaraan Hoki Piala Tun Abdul Razak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd