• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Cuba Larikan Beg Sandang

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Niat jahat seorang lelaki yang mahu melarikan beg sandang milik seorang pemandu lori tidak kesampaian apabila dia cekup orang ramai di lorong Bee Gar di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 1.56 petang, pemandu berkenaan yang sedang memunggah barang dari lorinya, terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, dia terpandang beg sandang seakan-akan miliknya dipegang oleh suspek lalu mengejar lelaki itu dan cuba mendapatkannya kembali.

Suspek berusaha meloloskan diri namun berjaya ditahan pemandu terbabit dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, anggota polis tiba di tempat kejadian lima minit selepas menerima panggilan.

“Kita berjaya menahan suspek dengan bantuan orang awam dan kita harap masyarakat akan terus salurkan maklumat dalam usaha mengekang jenayah setempat.

“Suspek berusia 48 mempunyai lima rekod jenayah lampau kini ditahan dan disiasat mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: beg sandangSuspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd