Sample Page Title

SATU dapatan kajian terkini tentang penggunaan internet mendapati penggunaan data untuk perkongsian fail meningkat di seluruh dunia.

Peningkatan berlaku sebanyak 22 peratus di seluruh dunia, dengan peningkatan 31 peratus di Eropah dan Asia Barat, menurut Laporan Fenomena Internet Global oleh Sanvine.

Menurut naib presiden pemasaran Sandvine, Cam Cullen, ini berlaku kerana pelanggan tidak mampu melanggan banyak perkhidmatan penstriman dan kerana mahu mendapatkan kandungan dengan segera.

Katanya, perkhidmatan penstriman yang banyak mendorong pengguna hanya melanggan satu perkhidmatan dan memuat turun kandungan dari perkhidmatan lain melalui perkongsian fail.

Kesediaan aplikasi torrent pada masa kini memudahkan pengguna memuat turun kandungan dikehendaki secara percuma.

Menurut kajian ini, Netflix menggunakan paling banyak data, sebanyak 15 peratus daripada trafik internet seluruh dunia.

Video menggunakan paling banyak data, lebih daripada separuh trafik internet dan dijangka meningkat lagi memandangkan kualiti video yang semakin berkualiti seperti 4K.

Penstriman video yang lain seperti video yang ditanam pada laman web meliputi 13.1 peratus, Youtube 11.4 peratus dan melalui web 7.8 peratus.

Video meliputi 58 peratus trafik internet, diikuti pelayaran web 17 peratus, permainan video 7.8 peratus dan media sosial 5.1 peratus.

Permainan atas talian juga semakin meningkat dalam trafik internet, ekoran perkembangan terkini termasuk pembelian permainan melalui muat turun dan bukan lagi cakera fizikal. – Agensi

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...