• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di SPRM Berkaitan Kes 1MDB

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MBD) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Najib yang menaiki kenderaan Audi Q7 tiba pukul 1.53 tengah hari di perkarangan SPRM.

Seawal pukul 12 tengah hari, puluhan media tempatan dan antarabangsa berkampung di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah juga turut dilaporkan perlu hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini.

Najib telah didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan sebelum ini.

Pada 4 Julai lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 8 Ogos lepas, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas.

Pada 20 Sept pula, Najib didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa) dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samun Pusat Urut, 2 Sahabat Dipenjara 40 Bulan & Sebat

Next Post

Rekah Di Kampung Pawong Bukan Akibat Gegaran

Related Posts

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 10 anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Pahang, baru-baru ini bakal...

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Next Post

Rekah Di Kampung Pawong Bukan Akibat Gegaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd