• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musang King Aset Pendapatan Sabah Pada Masa Depan

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – ​​​​​Daerah pedalaman Keningau dikenal pasti antara kawasan penanaman makanan utama di Sabah dengan memfokuskan tanaman durian spesies musang king, nanas MD2 dan kelapa yang dilihat mempunyai nilai komersil pada masa hadapan.

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie berkata tiga komoditi baharu itu dapat menjana sumber pendapatan rakyat dan negeri Sabah selepas kelapa sawit.

Beliau berkata permintaan keperluan makanan semakin meningkat tetapi hanya lima peratus atau 43,593.1 hektar kawasan merupakan pengeluar tanaman makanan di Sabah, jauh lebih kecil berbanding 95 peratus keluasan penanaman komoditi lain seperti kelapa sawit.

“Kita melihat dalam lima atau 10 tahun akan datang, aktiviti tanaman makanan menjadi satu perniagaan yang maju dan menguntungkan, sebab itu kita fokus kepada durian musang king, nanas MD2 dan kelapa,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), nilai eksport durian musang king ke China pada tahun 2017 ialah RM23.4 juta berbanding RM18.2 juta pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 175 peratus.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatannya ke China baru-baru ini juga berkata sekurang-kurangnya 1.4 bilion penduduk China adalah penggemar durian musang king.

Justeru, Idrus berkata kawasan pedalaman di negeri ini sangat beruntung kerana memiliki tanah yang subur dan boleh ditanam dengan pelbagai jenis tanaman makanan bernilai komersil.

Mengenai pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (myGAP), Idrus berkata ia bertujuan memperkenalkan sistem pengurusan ladang secara bersepadu dengan mematuhi paiawaian, undang-undang dan peraturan tertentu.

“Tujuannya ialah mengurangkan bahaya, risiko dan impak negatif pengeluaran hasil pertanian di peringkat ladang…(juga) untuk menghasilkan produk berkualiti, selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengutamakan kawalan (makhluk) perosak bersepadu,” katanya.

Menurutnya, MyGAP merupakan hasil penjenamaan semula Skim Amalan Baik Malaysia (SLAM) yang diperkenalkan sejak tahun 2002 dan melalui myGAP hasil pertanian makanan Malaysia mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kesemua negara Asia telah melaksanakan amalan itu antaranya Thailand dengan piawaian Q MARK / ThaiGAP, Indonesia (IndoGAP), Filipina (PhilGAP), Brunei (BruneiGAP) dan Singapura (GAP-VF). – BERNAMA

Tags: PertanianSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd