Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Polis Giat Buru Pencuri...

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan lebih 10 batu...

A400M Selamat Tiba Di...

JAKARTA - Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini melaksanakan...

“Maafkan Saya Polis, Saya...

PENDANG - “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan...

Pentingkan Parti Berbanding Calon...

IPOH – Para penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO harus meletakkan kepentingan parti...

Mujahid Diselar Larang Serbuan Cegah Maksiat

CELUPAR… “Tiada lagi ketuk pintu waktu malam sehingga terpaksa pecah masuk untuk tangkap pasangan khalwat atau minum arak dalam rumah sendiri,” tegas Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Menerusi wawancara eksklusif dengan akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang disiarkan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa kononnya tindakan sedemikian boleh ganggu kebebasan orang awam.

Justeru Mujahid secara terbuka mengkritik tindakan pihak berkuasa agama yang terpaksa bertindak memecahkan pintu dalam serbuan bagi mengesan pasangan berkhalwat kerana enggan bekerjasama dan bimbang ditangkap.

Pemimpin PAN itu dengan angkuh mendakwa konon penguatkuasaan dalam beberapa kes khalwat telah disalah guna walhal maksiat yang dilakukan oleh orang Islam tersebut dalam kawasan tertutup bukanlah urusan kerajaan.

“Katakan anda melakukan sesuatu dalam lingkungan peribadi anda contohnya minum arak di rumah, saya tidak akan campur tangan. Adalah penting untuk mereka (pegawai penguatkuasaan) tidak ganggu lingkungan individu.

“Kebimbangan saya adalah apa berlaku di khalayak umum yang cemar sensitiviti atau jenayah. Hanya itu kerajaan akan masuk campur, bukan kerana kita mahu jadi polis moral tetapi mahu jamin kesejahteraan awam,” dalih beliau.

Kenyataan celupar Mujahid itu yang meminta semua pihak Majlis Agama Islam Negeri tidak mengambil tindakan kepada orang Islam sekiranya maksiat dilakukan secara tertutup namun diselar Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Presidennya, Aminuddin Yahaya menerusi kenyataan disiarkan portal ismaweb.net hari ini berkata, arahan menteri agama itu amat tidak wajar dan boleh buka kepada segala pintu kemaksiatan untuk berlaku secara berleluasa.


Katanya, sekiranya benar apa yang diucapkan oleh Mujahid melalui wawancara akhbar tersebut, ia bermakna peranan Majlis Agama dalam banteras gejala maksiat semakin dikecilkan malah mungkin tidak berperanan lagi.

“Apa yang didefinisikan tempat tertutup dan tempat awam perlu dibahaskan kerana ini membawa tafsiran yang pelbagai. Adakah maksiat yang berlaku di rumah-rumah urut dianggap sebagai tempat awam atau persendirian?

“Jika mengikut kenyataan Mujahid, ia juga boleh didefinisikan sebagai tempat persendirian. Ini bermakna sesiapa sahaja waima Muslim boleh bebas melakukan maksiat di tempat berkenaan tanpa halangan,” kata Aminuddin.

Sehubungan itu, beliau memohon Mujahid berbincang sebaik mungkin dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus cegah gejala maksiat sebelum buat sebarang kenyataan pelik.

Pada masa sama, Aminuddin turut mempersoalkan kesungguhan tindakan kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha bendung banyak kelahiran anak luar nikah wanita Islam yang dilihat semakin membarah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori