• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MU Lamar Zainal

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalkan E Elavarasan di Melaka United (MU).

Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat tawaran sebagai pengendali baharu pasukan itu kepada Zainal, hari ini.

“Presiden (Adly Zahari) sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mengambil Zainal selaku jurulatih dan hari ini, saya bersama wakil Presiden sudah menyerahkan surat tawaran kepada Zainal.

“Saya menjangkakan dalam masa terdekat, Zainal akan ke Melaka untuk menandatangani kontrak. Kita mahukan perkara ini diselesaikan segera supaya memudahkan lagi persiapan pasukan untuk musim depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran F:30 di ibu negara, hari ini.

Pada awal musim lalu, Melaka mendapat sentuhan Eduardo Almeida namun prestasi buruk skuad Hang Tuah memaksa dia digantikan Elavarasan dan sentuhannya berjaya memastikan skuad itu kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.

Namun, bekas pengendali PKNS FC itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sekali gus menyaksikan MUSA perlu mencari calon lain bagi mengisi posisi jurulatih untuk musim 2019.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan bekas jurulatih Selangor itu untuk mengemudi pasukan, Yusoff menjelaskan Zainal masih lagi memiliki auranya yang tersendiri selain memiliki pengalaman yang luas dalam mengendalikan pasukan dalam kancah bola sepak tempatan.

“Sebelum ini, dia mengendalikan pasukan Liga Perdana. Jadi kami melihat ini sebagai peluang untuk Zainal kembali ke saingan Liga Super dan membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih tinggi sama seperti sebelum ini.

“Kami mengharapkan peluang ini mampu menjadi motivasi kepada Zainal sekali gus menjadikan Melaka sebagai pencabar pada musim depan,” katanya. – BH Online

Tags: MUZainal Abidin Hassan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Next Post

Pihak Pelancongan Disaran Lebih Proaktif

Related Posts

Zainal Abidin Punya ‘Aura’ Tersendiri

01/11/2018
0

MELAKA - Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) merupakan faktor utama Melaka United memilih Zainal...

Zainal Abidin Yakin Dengan Keupayaan Vingada

10/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan percaya ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada mampu meningkatkan prestasi skuad...

Next Post

Pihak Pelancongan Disaran Lebih Proaktif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd