• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainal Abidin Punya ‘Aura’ Tersendiri

oleh
01/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) merupakan faktor utama Melaka United memilih Zainal Abidin Hassan, sebagai ketua jurulatihnya yang baharu musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata tawaran tersebut membuka peluang kepada legenda bola sepak negara itu untuk membuktikan kemampuannya mengemudi pasukan berkenaan untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Menurutnya, sebelum ini, pihak pengurusan Melaka United telah menyenaraikan beberapa calon, antaranya, jurulatih Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA), K. Devan dan bekas jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Bagaimanapun, Presiden MUSA, Adly Zahari, yang juga Ketua Menteri Melaka, lebih mempercayai kemampuan dan pengalaman Zainal Abidin, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Yusoff, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata MUSA sedang menyediakan kontrak untuk jurulatih berusia 59 tahun itu dan dijangka akan memulakan tugas pada pertengahan bulan ini.

Zainal Abidin, yang pernah membimbing Pulau Pinang, Selangor dan Pahang, akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan, yang memilih untuk tidak menyambung kontrak.

Sementara itu, Adly berkata bajet pasukan untuk musim depan dihadkan tidak melebih RM18 juta.

“Meskipun jumlah perbelanjaan pada tahun depan kecil, namun kita tetap mementingkan kualiti permainan dan membuat sasaran bagi memenangi piala dan berada dalam kelompok pasukan terbaik,” katanya.

Melaka United mengakhiri saingan Liga Super tahun ini di tempat ketujuh berbanding kelapan liga musim 2017 daripada 12 pasukan. – BERNAMA

Tags: Melaka UnitedZainal Abidin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd