• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainal Abidin Yakin Dengan Keupayaan Vingada

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan percaya ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada mampu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan seandainya jurulatih kelahiran Portugal itu diberi lebih masa dan bukan mengharapkan kejayaan segera.

Zainal Abidin, yang ditemui di Wisma Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) hari ini, mengakui sudah ada peningkatan dalam corak dan persembahan skuad kebangsaan dibawah kendalian Vingada.

Namun menurutnya, dalam bola sepak, keputusan dan kemenangan itu lebih penting dari segala-galanya dalam menilai kejayaan seseorang jurulatih.

“Saya rasa mereka perlukan masa untuk memperbaiki segala kekurangan dalam usaha untuk mendapatkan keputusan yang baik dan saya berharap satu prestasi yang baik ditunjukkan oleh semua pemain kebangsaan,” katanya.

Anak buah Vingada kini berada di Hong Kong untuk satu lagi aksi Kumpulan B perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang pasukan tuan rumah di Stadium Hong Kong, esok.

Dalam pada itu, Zainal Abidin tidak menafikan keputusan yang bakal dicapai pada perlawanan menentang Hong Kong itu nanti akan memberi kesan kepada Vingada dalam keupayaan beliau untuk terus memimpin skuad negara.

“Kita harus sedar satu perkara iaitu beliau datang dari dunia dan budaya yang berbeza dari padakita.

“Beliau perlu memahami budaya kita dan semua pemain kebangsaan terlebih dahulu dan bukannya kita melantik beliau hanya untuk terus mendapatkan kejayaan segera,” katanya.

Zainal Abidin, yang juga ketua jurulatih Pulau Pinang, berharap agar skuad kebangsaan bermain dengan sepenuh hati dan beraksi secara berpasukan dalam perlawanan menentang Hong Kong itu bagi mencerahkan peluang untuk beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Skuad negara ketika ini menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata hasil keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada 5 Sept lalu di Stadium Hang Jebat dan tewas 1-2 kepada Lubnan pada aksi terdahulu (13 Jun). – BERNAMA

Tags: Nelo VingadaZainal Abidin Hassan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasuah: Sarjan Polis Wanita Tidak Mengaku Salah

Next Post

J/kuasa Kebangsaan Pembangunan OPT Lulus

Related Posts

Zainal Abidin Punya ‘Aura’ Tersendiri

01/11/2018
0

MELAKA - Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) merupakan faktor utama Melaka United memilih Zainal...

MU Lamar Zainal

31/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalkan E Elavarasan di Melaka...

Next Post

J/kuasa Kebangsaan Pembangunan OPT Lulus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd