Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Beruk Gayat Terpaksa Minta...

POKOK kelapa sememangnya sinonim dengan haiwan beruk yang memanjatnya bagi mendapatkan buah. Namun, lain...

Petani Bina Pesawat Tapi...

BEIJING - Seorang petani China bernama Chen Lianxue berjaya membina sebuah pesawatnya sendiri...

Warga Emas Rentung Dalam...

MERSING - Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di rumahnya di Kampung...

Syamsul Yusof Berat Hati...

TERLALU teruja menyambut kelahiran anak sulung, Syamsul Yusof mengaku dia akhirnya bertemu sinar...

MSN Kelantan Distruktur Semula Tahun Depan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan melakukan penstrukturan semula Majlis Sukan Negeri (MSN) tahun depan selepas mengambil alih badan tersebut secara rasmi daripada kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata penstrukturan itu juga akan membabitkan Jawatankuasa Belia dan Sukan di setiap jajahan.

“Kerajaan negeri juga akan menubuhkan konfederasi NGO bagi memantapkan sukan di negeri ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nazlan Mohamed Hasbullah (PAS-Limbongan) yang ingin tahu sama ada Pejabat Belia dan Sukan jajahan di bawah kendalian MSN akan distruktur semula setelah kerajaan negeri mengambil alih badan berkenaan.

Terdahulu, menjawab soalan asal Nazlan mengenai manfaat secara langsung atau tidak langsung yang diperoleh kerajaan negeri selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi MSN Kelantan baru-baru ini, Wan Roslan berkata antara manfaatnya ialah dasar pembangunan Islam turut dapat dihayati oleh atlet.


Dalam pembentangan Belanjawan 2019 bagi negeri Kelantan semalam, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri akan menyumbang sebanyak RM1 juta kepada MSN Kelantan agar ia dapat mengangkat kembali martabat sukan atlet Kelantan.

Kerajaan persekutuan kini dalam proses akhir untuk menyerahkan MSN Kelantan bagi diuruskan oleh kerajaan negeri dan urusan berkenaan dijangka disempurnakan menjelang 2019. – BERNAMA

Kategori