Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

KSAB Sesak Disebabkan Penutupan...

JOHOR BAHRU - Penutupan kaunter di laluan masuk Link Ke-2, Kompleks Sultan Abu...

Najib Sindir PH Akui...

SYUKUR... Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lega dengan kenyataan terkini...

Khairy Jawab Kenapa Pemuda...

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) memilih untuk melancarkan manifesto khusus bagi...

Kerajaan Berhasrat Lepaskan 10,000...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berharap bank-bank di Malaysia memberi kerjasama baik kepada usaha...

Mesyuarat Kedua Parlimen: Bajet Sulung PH, Anwar Kembali Ke Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang akan memulakan persidangan esok bakal menyaksikan pembentangan Bajet 2019, belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) yang berkuasa lebih 60 tahun.

Bajet yang akan dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 Nov itu antara yang ditunggu-tunggu rakyat untuk melihat penyusunan belanjawan berhemah oleh kerajaan persekutuan ketika negara berdepan cabaran dari segi kedudukan fiskal.

Lim sebelum ini dilaporkan mengakui Bajet 2019 adalah belanjawan yang sukar bagi bagi kerajaan persekutuan.

Walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri ada membayangkan peruntukan Bajet 2019 akan dikurangkan berbanding sebelum ini berikutan keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan, ramai yang masih menaruh harapan agar kerajaan baharu itu tidak mengabaikan kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dalam Bajet 2018, kerajaan BN memperuntukkan RM280.25 bilion dalam Bajet 2018 bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Persidangan kali ini juga akan menyaksikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat sebagai Anggota Parlimen Port Dickson selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam dengan majoriti besar 23,560 undi.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berlaku berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri kelapan.

Kali terakhir bekas timbalan perdana menteri itu bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.

Kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun selepas menolak rayuannya terhadap hukuman penjara pada Februari 2015.

Bagaimanapun, beliau diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas, tujuh hari selepas PH diberi mandat memerintah.

Komposisi kerusi Parlimen pada persidangan kali ini juga menyaksikan perubahan dengan kerusi BN hanya tinggal 51 berikutan perkembangan terbaru apabila tiga anggota UMNO bertindak keluar parti – Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Datuk Rozman Isli (Labuan).

Mustapa dan Anifah kini menjadi anggota Parlimen Bebas manakala Rozman membuat keputusan untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).


Ini menjadikan Dewan Rakyat kini mempunyai lima anggota Parlimen Bebas manakala Warisan menokok satu kerusi menjadikan sembilan kerusi bagi parti itu di Dewan Rakyat.

Kerusi Parlimen bagi parti lain tidak berubah dengan PKR memegang 50 kerusi, DAP (42), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (13), Parti Amanah Negara (Amanah) (11), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (19), PAS (18) dan parti tempatan Sabah iaitu UPKO, PBS, PBRS dan Star masing-masing mempunyai satu kerusi Parlimen.

Seperti yang diuar-uarkan, usul untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan undang-undang yang mengenakan hukuman gantung sampai mati juga dijangka menjadi antara agenda utama yang akan menghangatkan perbahasan sesi mesyuarat kali ini.

Laporan media sebelum ini juga menyebut keputusan mengenai pemansuhan undang-undang itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara sedang menyediakan perundangan yang sewajarnya untuk memansuhkan undang-undang itu.

Sebelum PRU14, 9 Mei lepas, PH berikrar untuk menghapuskan úndang-undang yang menindas termasuklah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti Kolej Universiti 1971, Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dan undang-undang yang mengenakan hukuman gantung sampai mati.

Persidangan Parlimen yang akan berlangsung selama 30 hari itu juga akan menyaksikan Perbentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) yang akan dibentangkan oleh Dr Mahathir pada 18 Okt.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan baru-baru ini berkata perbahasan KSP RMK-11 akan berlangsung pada minggu kedua dan diikuti dengan menteri-menteri menjawab pada minggu ketiga.

“Pembentangan Belanjawan 2019 pula akan diadakan pada 2 Nov pukul 4 petang, diikuti dengan perbahasan belanjawan itu di peringkat dasar pada minggu keempat dan kelima, seterusnya dibawa ke peringkat jawatankuasa pada minggu ketujuh dan kelapan.

“Dua hari terakhir akan diperuntukkan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu kesembilan,” katanya. – BERNAMA

Kategori