• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB NS Selamat Bedah Jantung, Semakin Pulih

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun selamat menjalani pembedahan jantung dan kini beransur pulih.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata Aminuddin kini berada dalam proses pemulihan dan sedang berehat di sebuah hospital.

“Saya dan (Presiden PKR dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sempat menziarah beliau (baru-baru ini).

“Dia sebenarnya pergi untuk pemeriksaan buah pinggang tetapi ditangguhkan tetapi doktor mendapati jantung dah banyak block jadi dia perlu melakukan pembedahan, itu yang tak boleh ditangguh,” katanya pada majlis minum petang bersama veteran tentera di Dewan Bagan Pinang di sini, hari ini.

Turut hadir, bekas anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Ketua Cabang PKR Port Dickson yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung, M. Ravi dan Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Mokhtar Ahmad.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali Ab Malik dipetik sebagai berkata Aminuddin yang juga Pengerusi PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan negeri selamat menjalani pembedahan pada Jumaat lalu dan sedang berehat di Hospital Serdang, Selangor.

Aminuddin kata Razali dijangka kembali bertugas dalam tempoh dua minggu.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR berkata majlis bersama veteran itu, yang dihadiri kira-kira 200 veteran tentera, adalah majlis pertama bersama rakyat yang dihadirinya selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Okt lepas.

“Ini sebagai tanda terima kasih saya kepada veteran tentera,” katanya.

Katanya soal kebajikan veteran tentera tetap menjadi keutamaan kerajaan PH dan tidak akan sekali-kali meminggirkannya.

“Syukur Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) telah menekankan untuk menghidupkan semula Majlis Veteran Malaysia yang sebelum malap. Majlis ini akan menjadi saluran utama para veteran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd