• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Isytihar Equanimity Milik Kerajaan

oleh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan kapal mewah ‘Equanimity’ sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas pemilik berdaftar gagal hadir untuk menuntut kapal itu dan kerajaan kini boleh menjual kapal tersebut.

Peguam Sitpah Selvaratnam yang mengetuai pasukan perundangan bagi plaintif berkata ia diputuskan mahkamah ketika membenarkan permohonan 1MDB dan kerajaan untuk mendapatkan perintah penghakiman ingkar setelah pemilik pendaftar kapal tersebut tidak memfailkan kehadiran dalam saman berkenaan.

Beliau berkata keputusan dibuat di dalam kamar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Khajidah Idris.

“Mahkamah hari ini memutuskan dua syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited sebagai pemilik sah dan benefisiari kapal. Sehubungan itu, secara tidak langsung kerajaan Malaysia adalah benefisiari kedua-dua syarikat ini.

“Kini kapal itu boleh dijual tanpa sebarang kekangan undang-undang. Pihak defendan, walaupun tahu tentang saman ini, tidak hadir sehingga sekarang. Ini tidaklah memeranjatkan kerana tuntutan serta bukti yang ada cukup banyak dan mereka mengambil kira bahawa amat sukar untuk menafikan 1MDB dan kerajaan memiliki kapal itu,” katanya.

Menurut Sitpah, bukti menunjukkan duit 1MDB dan kerajaan digunakan dalam pembelian kapal itu.

“Selepas berpuas hati ia kes yang mempunyai asas kukuh, mahkamah membuat penghakiman memihak kepada syarikat 1MDB. Sehubungan itu, tanpa ragu-ragu lagi kapal tersebut adalah milik negara,” katanya.

Mengenai proses penjualan, Sitpah berkata broker kini giat menguar-uarkan serta memasarkan kapal itu dan dijangkakan tender diterima menjelang penghujung bulan ini.

Beliau juga berkata mana-mana pihak yang memenuhi kriteria kewangan, layak membida dan semua pihak akan menerima layanan yang sama.

Katanya bida juga dimateri dan syerif akan membuka bida-bida tersebut pada masa yang sama serta memutuskan pembida tertinggi dengan disaksikan oleh pihak bebas.

Sebelum ini, 1MDB, dua anak syarikatnya – 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited – serta kerajaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan perintah penghakiman ingkar terhadap pemilik berdaftar kapal mewah ‘Equanimity’ bagi tujuan penjualan kapal berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kapal Equanimity
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kylie Jenner Sambut Hari Lahir Atas Kapal Equanimity

05/08/2019
0

JUTAWAN, model dan bintang realiti televisyen dari Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 di atas...

Hasil Jualan Kapal Equanimity Digunakan Bayar Hutang 1MDB

11/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Hasil jualan Kapal Equanimity sebanyak RM527.4 juta (AS$126 juta) akan digunakan untuk melunaskan komitmen hutang 1Malaysia Development...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd