• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggal Kepala Rakan Baik Gara-Gara Ada Hati Terhadap Ibu

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang lelaki berjalan kaki sambil memegang kepala rakan baiknya yang dipenggal dalam keadaan berlumuran darah menggemparkan orang ramai.

Dua lelaki hanya dikenali sebagai Giresh dan Pashupati bertengkar dalam sebuah pesta di India ketika sedang bekerja bersama-sama sebelum kejadian menggerikan itu berlaku.

Mereka dilaporkan saling bermusuhan antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu.

Permusuhan mereka bagaimanapun berakhir apabila Pashupati, 24, didakwa memenggal kepala Giresh.

Insiden menggerikan yang berlaku di sebuah kawasan terpencil di bandar Mandya, India dipercayai berlaku kerana Giresh, 36, menyimpan perasan cinta terhadap ibu Pashupati.

Menurut saksi, lelaki muda itu menunggang motosikal sejauh 20km ke bandar Mandya dengan membawa bersama kepala mangsa.

Dalam satu rakaman video, Pashupati dilihat berjalan kaki ke arah balai polis sambil membawa kepala Giresh.

Pashupati ditahan atas dakwaan membunuh.

Superintenden Shivaprakash Devaraj berkata:”Kami sedang menyiasat insiden itu tetapi suspek dan mangsa merupakan rakan baik.”

“Mangsa dipercayai maut pagi tadi sebelum kepalanya dibawa ke balai polis.

“Pashupathi memberitahu pegawai penyiasat bahawa Giresh bercakap buruk tentang ibunya sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka,” katanya.

Insiden dipercayai berlaku pada 30 September lalu.

Polis berkata ia adalah kes ketiga membabitkan insiden penggal kepala di bandar itu minggu ini. – Mirror.co.uk

Tags: penggal kepalarakan baik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penggal Kepala Bapa, Suspek Direman Tujuh Hari

10/10/2018
0

IPOH - Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini selepas dipercayai membunuh bapa sendiri dengan memenggal kepala dan mengerat...

“Kami Hanya Berentap Di Gelanggang” – Stephens

06/06/2018
0

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik Madison Keys akan tetap sama menjelang aksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd