Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

4 Universiti Mampu Berada...

PUTRAJAYA - Empat universiti penyelidikan Malaysia dijangka mampu menempatkan diri masing-masing dalam kelompok...

‘Anak Saya Pemain Terbaik...

AYAH kepada Datuk Lee Chong Wei, Lee Ah Chai berkata anaknya itu sudah...

Adakah Trio Ini Boleh...

GEMPAR... Akhir tahun lalu, umat Islam Indonesia kecoh apabila mahkamah perlembagaan negara itu...

Bayi Masih Hidup Meskipun...

CHINA - Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun ditanam selama lapan hari di sebuah...

Penggal Kepala Bapa, Suspek Direman Tujuh Hari

IPOH – Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini selepas dipercayai membunuh bapa sendiri dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian di Kampung Kanthan Baru, di sini semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 52 tahun tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar di sini yang membenarkan permohonan polis untuk membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata suspek dipercayai berbuat demikian selepas berang ditegur oleh bapanya yang berusia 74 tahun kerana menghisap dadah di dalam rumah mereka.

Katanya kepala warga emas itu ditanam di belakang rumah mereka manakala bahagian badan pula dibuang di lubang pembetungan sedalam lima kaki.

Yahya berkata siasatan di tempat kejadian menemukan sebilah parang sepanjang 0.6 meter di sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa. – BERNAMA

Kategori