• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Murid Orang Asli Pos Lebir Lambat Sekolah

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Lebih 200 kanak-kanak Orang Asli berumur sembilan tahun ke bawah di Kampung Kuala Koh dan Aring 5 di Pos Lebir di sini tidak dapat memasuki alam persekolahan seperti kanak-kanak lain ekoran jarak sekolah yang terlalu jauh dari kawasan penempatan mereka.

Sekolah terhampir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi terletak kira-kira 90 kilometer dari kawasan penempatan mereka dan ini menyukarkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah pada usia yang terlalu muda.

Justeru, ibu bapa di kawasan tersebut mendesak kerajaan supaya membina ‘sekolah mini’ di kawasan penempatan itu bagi keperluan pembelajaran kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun itu sebelum mereka mampu berdikari untuk tinggal di asrama.

Seorang penduduk, Samat Along, 48, dari Kampung Kuala Koh kebanyakan masyarakat Orang Asli yang tinggal di dua penempatan tersebut adalah daripada suku Batik dan perkara itu berlarutan sejak sekian lama.

“Ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak ke sekolah pada umur 10 tahun kerana pada usia itu , mereka telah mula pandai untuk berdikari.

“Adalah lebih baik kerajaan membina sekolah di kampung terbabit untuk anak kami berumur enam hingga sembilan tahun bersekolah dan boleh diuruskan ibu bapa masing-masing setiap hari,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung tersebut di sini, hari ini.

Sabri Sabtu, 30, dari Kampung Aring 5, berkata kedudukan sekolah tersebut amat jauh sehingga menyukarkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka terutama yang berusia di bawah sembilan tahun.

“Kalangan ibu bapa juga risaukan keselamatan anak-anak mereka yang masih kecil jika tinggal di asrama, justeru kami memohon supaya kerajaan mempertimbangkan untuk membina sebuah ‘sekolah mini’ di kawasan ini bagi menempatkan kanak-kanak berusia di bawah sembilan tahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd