• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Penasihat Khas Ke London Tak Guna Peruntukan Kementerian Pendidikan

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menegaskan bahawa lawatan ke luar negara penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan bersama beberapa pegawai tidak menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan.

“Tidak guna peruntukan kementerian,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas gesaan agar beliau memberikan penjelasan berhubung lawatan penasihat khas menteri itu ke London, United Kingdom.

Isu itu tular selepas Wan Saiful yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter peribadi beliau mengenai delegasi Kementerian Pendidikan yang dibawa beliau ke London bagi memahami sistem sekolah di sana.

Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pula dilaporkan menyifatkan keadaan itu seolah-olah mengambil alih tugas sedangkan ia adalah tugas menteri dan timbalan menteri.

Maszlee yang ditemui selepas sesi program Meet and Greet Menteri Pendidikan bersama 100 pelajar antarabangsa di Kementerian Pendidikan di sini, bagaimanapun enggan menjawab persoalan tersebut sebaliknya bertanyakan pula Mahdzir mengenai isu projek solar sekolah yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – BERNAMA

Tags: Maszlee Malik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd