• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lambak Bahan Positif Pendidikan Di Media Sosial

oleh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Media sosial perlu dilambakkan dengan bahan-bahan positif hasil karya amatur pelajar tempatan seperti video yang menyampaikan mesej nilai murni seperti kebertanggungjawaban, hormat menghormati dan kasih sayang.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selama ini rakyat Malaysia sering memandang tinggi pencapaian dan karya dari negara luar sedangkan pelajar Malaysia sendiri sebenarnya mempunyai banyak pencapaian luar biasa yang perlu disebarluaskan serta ditular melalui media sosial.

“Sekolah boleh menyebarluaskan hasil video amatur pelajar ini mengikut kreativiti masing-masing, ada sekolah yang mempunyai saluran YouTube dan TV sendiri, tapi bagi saya, kita juga boleh gunakan kaedah perkongsian melalui WhatsApp dan Facebook….yang penting pastikan ia tular (di media sosial),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid peringkat kebangsaan kali kelima 2018 di sini.

Simposium yang bermula sejak Isnin lalu bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan modal insan dan mencari langkah intervensi berkesan untuk menangani segala permasalahan berkaitan pendidikan negara.

Maszlee turut berharap agar pihak media membantu menyebarluaskan bahan-bahan positif itu dan tidak hanya mensensasikan perkara-perkara negatif berkaitan sekolah dan guru sahaja.

“Kita dapati bila timbul isu, timbul masalah, itulah yang timbul di dada akhbar sedangkan bahan-bahan positif ini jika dikongsikan media seperti Berita Harian Online, NST Online atau TV3 pasti mempunyai impak yang besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maszlee Malikmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd