• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPI Lapangan Terbang 85 Peratus OTP Bermula Tahun Hadapan

oleh
21/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bagi memastikan perkhidmatan dan kecekapan lapangan terbang di negara ini berada dalam keadaan baik, Kementerian Pengangkutan telah menetapkan Petunjuk Nilai Prestasi untuk On Time Performance (OTP) mencapai 85 peratus bermula tahun hadapan.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook, berkata menerusi OTP itu, setiap penerbangan perlu berlepas dalam tempoh 15 minit selepas waktu ditetapkan, dan sekiranya melebihi tempoh itu ia sudah dikira lewat.

“Buat masa ini purata kadar OTP yang ditunjukkan oleh lapangan terbang dalam negara ada kira-kira 80 peratus dan kita tidak meletakkan sasaran 100 peratus kerana tahu ada hal-hal di luar jangkaan seperti keadaan cuaca.

“Tetapi sasaran sekurang-kurangnya 85 peratus itu sesuai dan harap dapat dicapai hasil kerjasama daripada semua pihak yang terbabit,” katanya kepada media selepas ditemui pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-18 di sini, hari ini.

Loke berkata selain itu, antara perkhidmatan lain yang dititik beratkan kementerian ialah tahap kebersihan tandas di setiap lapangan terbang.

“Itu perkara paling asas walaupun mungkin orang nampak bukan perkara paling utama tetapi kebersihan tandas mencerminkan imej negara kita kerana kalau tandas tak boleh jaga, ia merosakkan imej negara di mata pelancong luar negara.

“Jadi kebersihan itu amat-amat penting tetapi baru-baru ini saya mendapat banyak maklum balas bahawa perkhidmatan kebersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bertambah baik,” katanya.

Loke berkata perkhidmatan di lapangan terbang perlu sentiasa cekap dan untuk itu setiap pengendali lapangan terbang perlu mematuhi Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang yang digariskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

Beliau berkata jika lapangan terbang gagal mencapai tahap memuaskan, tindakan akan diambil termasuk boleh dikenakan denda dan sebagainya.

“Justeru kementerian amat serius untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan di lapangan terbang di negara ini untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd