• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kira-Kira 21,300 Kes Jenayah Komersil Libat Kerugian RM4.2b

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,374 pelbagai kes jenayah komersil dilaporkan tahun ini melibatkan kerugian kira-kira RM4.2 bilion, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Antara jenayah komersil itu membabitkan kes African Scam, Macau Scam, Love Scam dan keldai akaun.

Beliau berkata jumlah kes komersil itu adalah bagi tempoh Januari sehingga semalam (21 Okt) dan, 56 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan kes jenayah siber serta pinjaman tidak wujud.

Jumlah kerugian berkenaan dijangka meningkat lagi berikutan ramai lagi mangsa yang masih terperdaya dalam kes ini, katanya pada sidang akhbar kejayaan JSJK dalam ‘Op Seagull’ di Menara KPJ Health, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, polis menahan 27 individu warga tempatan di Melaka Tengah pada Sabtu lepas kerana disyaki membuka lima pusat panggilan Macau Scam di Pulau Pangkor, Perak.

Amar Singh berkata suspek terdiri daripada 21 lelaki dan enam wanita yang menjalankan kegiatan itu selama setahun di pusat panggilan berkenaan dengan mengakibatkan nilai kerugian berjumlah RM1 juta.

Beliau berkata mangsa terakhir mereka adalah pada 4 Okt lepas, dengan jumlah kes bagi tangkapan itu sebanyak 221.

Sebelum itu, pada 14 Okt, polis turut menahan lima individu iaitu tiga lelaki dan dua wanita tempatan disyaki membuka pusat panggilan yang sama beroperasi di Melaka Tengah.

Amar Singh berkata kesemua lima suspek berumur 23 hingga 42 tahun itu melakukan kegiatan berkenaan selama enam bulan di seluruh negara.

“ Polis terima 54 laporan kes. Mereka pernah beroperasi di Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah dengan nilai kerugian RM345,000. Antara barang yang dirampas adalah 13 telefon bimbit, empat buku catatan serta beberapa skrip untuk memperdaya mangsa,” katanya.

Amar Singh menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya menerima panggilan yang tidak dikenali dengan meminta wang tunai serta membuat pengesahan dengan Bank Negara. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd