• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Guru: KPM Tunggu Laporan JPN Sabah

oleh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah berhubung kes bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Belud yang memfailkan saman terhadap bekas gurunya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekiranya dakwaan remaja perempuan berusia 18 tahun itu benar, ia adalah satu perkara yang sangat mengecewakan.

“Kalau memang aduan telah dibuat tetapi perhatian sewajarnya tidak diberi terhadap aduan tersebut jadi saya rasa kita perlu semak bahagian mana, jika ada kesilapan atau kesalahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Selangor di Seksyen 7 di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden NUTP Kebangsaan Kamarozaman Abd. Razak dan Pengerusi NUTP Selangor Abu Bakar Semaat.

Nafirah Siman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi memfailkan saman itu terhadap Jainal Jamran yang didakwa tidak masuk kelas selama tujuh bulan pada 2015, ketika remaja perempuan itu berada di tingkatan empat.

Saman yang difailkan pada 16 Okt lepas, turut menamakan pengetua sekolah berkenaan, Suid Hanapi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, KPM dan kerajaan sebagai defendan-defendan.

Dalam samannya, Nafirah antara lain mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai dari KPM melawat sekolah berkenaan.

Remaja perempuan itu turut mendakwa walaupun beberapa aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan diambil selain mendakwa pengetua menutup kes tersebut dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir selama dua bulan.

Dalam pada itu, Teo mengakui bahawa KPM berdepan masalah kekurangan guru di kawasan bandar dan luar bandar, di mana untuk sekolah rendah sahaja kira-kira 4,000 guru diperlukan.

Justeru untuk penyelesaian tempoh masa terdekat ini, katanya, KPM memutuskan bahawa semua bakal guru yang menerima ijazah pada tahun ini akan ditempatkan di sekolah untuk sesi 2019 dan jika masih ada kekosongan, guru interim akan dilantik bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terganggu.

“Cabaran yang kita hadapi adalah untuk satu batch (guru) perlu tunggu lima tahun, maksudnya bakal guru yang graduate pada tahun ini sebenarnya mereka masuk institusi pengajian tinggi lima tahun lepas, jadi kita perlu ada unjuran lebih tepat untuk memastikan bakal guru yang kita latih adalah seiring atau sepadan dengan kekosongan atau guru-guru yang akan bersara.

“Isu kekurangan guru sudah berlaku sejak berpuluh tahun lalu, namun, sehingga kini masih tiada penyelesaian. Oleh sebab itu kita juga berhasrat untuk panggil semua bahagian berkenaan bermesyuarat supaya kita boleh lihat masalah ini daripada semua aspek supaya kita ada pendekatan terbaik untuk tempoh masa panjang bagi atasi isu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes saman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jorge Lorenzo Sedia Berlumba Di Sepang Hujung Minggu Ini

Next Post

Penduduk PPR Ampang Jajar Serah Memorandum

Related Posts

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri

Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Saman Najib-Tommy Thomas

04/10/2023
0

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes saman bekas...

Next Post

Penduduk PPR Ampang Jajar Serah Memorandum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd