• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Bercadang Mansuh Cukai Pelancongan

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang mansuh Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap pelancong asing melawat Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya (Motac) Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata kementerian mengambil maklum rungutan yang disuarakan pelancong berkenaan cukai itu terutamanya dalam kalangan ‘backpackers‘, namun cukai tersebut tetap dikekalkan pelaksanaannya demi kebaikan negara.

“Tetapi jika dilihat pada nilai cukai RM10, dan dibandingkan dengan nilai matawang mereka, ia hanya jumlah kecil untuk dibayar ketika melancong ke negara ini,” katanya ketika kepada pemberita selepas sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Motac, di sini hari ini.

Malaysia mula melaksanakan Cukai Pelancongan tersebut selepas Parlimen meluluskan pelaksanaannya bermula 1 September 2017.

Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk menaikkan kadar cukai terbabit buat masa ini kerana ia dilihat masih berpatutan.

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kementerian itu yang bermula seawal 6 pagi disertai 500 kakitangan Motac. – BERNAMA

Tags: cukai pelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Mohon Bahagian Hasil Cukai Pelancongan

17/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bercadang memohon sejumlah peruntukan hasil cukai pelancongan yang dikutip kementerian untuk digunakan...

Tiada Cadangan Batalkan Cukai Pelancongan

06/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak bercadang untuk membatalkan cukai pelancongan yang dikenakan kepada pelancong asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd