• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Batalkan Cukai Pelancongan

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak bercadang untuk membatalkan cukai pelancongan yang dikenakan kepada pelancong asing sejak 1 Sept tahun lalu.

Timbalan Menterinya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata berdasarkan penilaian yang dibuat, cukai tersebut yang turut dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat, Belanda, Itali, Singapura dan Indonesia, terbukti memberi impak positif dalam tempoh jangka panjang.

“Cukai pelancongan yang diperkenalkan pada 1 Sept tahun lalu di bawah peruntukan Akta Cukai Pelancongan 2017 hanya dikenakan kepada pelancong asing sahaja, oleh itu ia tidak membebankan rakyat negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) sama ada kerajaan mahu mengkaji semula atau membatalkan cukai tersebut.

Muhammad Bakhtiar berkata kadar cukai yang dikenakan untuk setiap bilik bagi satu malam ialah RM10 atau bersamaan dengan USD2.50 atau Euro2.10.

“Ia kadar minimum dan tidak membebankan pelancong asing. Setakat ini tidak ada rungutan diterima daripada pelancong asing,” katanya.

Katanya berdasarkan angka yang diberikan pihak Kastam, sebanyak RM146 juta telah dikutip sehingga Jun lalu.

Katanya hasil kutipan tersebut digunakan untuk promosi dan pemasaran sektor pelancongan negara dengan lebih agresif, menyelenggara infrastruktur pelancongan dan memperkasa aktiviti seni, kebudayaan dan pelancongan di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: cukai pelanconganpelancong asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancong Asing Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

Pelancong Asing Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

05/12/2023
0

SEPANG: Pelancong asing yang memasuki negara ini diberi kelonggaran untuk mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) sehingga 31 Disember ini....

Kes Rogol Di Genting Highlands, Polis Tahan Pelancong Asing

Kes Rogol Di Genting Highlands, Polis Tahan Pelancong Asing

16/06/2023
0

BENTONG : Polis menahan seorang pelancong asing bagi membantu siasatan kes rogol di sebuah hotel di Genting Highlands, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd