• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Komited Penuhi Janji Terhadap Pencari Kerja

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap komited terhadap janji mereka untuk memberikan sebanyak mungkin ruang pekerjaan kepada pencari kerja seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata untuk itu kerajaan akan mencari kaedah terbaik bagaimana janji berkenaan dapat ditunaikan selaras dengan kemampuan kerajaan.

“Kerajaan PH sentiasa sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam konteks mengisi ruang pekerjaan ini.

“Ia berdasar kepada kemampuan kerajaan dari semasa ke semasa dan dalam tempoh lima tahun ini akan kita usahakan perkara ini (memberikan pekerjaan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Job Fair@UTC 5.0 2018 di sini, hari ini.

Pada PRU lepas PH berjanji untuk memberikan sebanyak mungkin pekerjaan berkualiti kepada rakyat melalui manifesto mereka.

Mengulas perkara itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah itu berkata kerajaan mengharapkan rakyat agar tidak bergantung untuk bekerja dalam sektor awam semata-mata yang kini semakin terhad.

“Pencari kerja kini semakin banyak dan sebahagian pengisian itu boleh diisi dalam sektor swasta. Mereka perlu membuat anjakan untuk memilih sektor swasta ataupun menjadi usahawan,” katanya.

Beliau berkata disebabkan itu kerajaan sangat menitikberatkan pendidikan kemahiran kepada golongan muda agar mereka menjadi usahawan yang berjaya selepas menamatkan pengajian.

Sementara itu, kira-kira 20,000 kekosongan pekerjaan diharapkan dapat diisi di seluruh negara melalui program berkenaan.

“Di Kedah sahaja terdapat lebih 1,000 kekosongan dan kita berharap pencari kerja ini dapat merebut peluang terbaik,” katanya.

Katanya di Kedah terdapat 19,000 kekosongan sebelum ini tetapi sehingga September lepas, 12,000 daripadanya telah diisi. – BERNAMA

Tags: Mahfuz Omarpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd