• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Teliti Laporan Banjir Kilat Untuk Tindakan Lanjut

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor akan meneliti laporan berkaitan banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini sejak beberapa hari lepas untuk tindakan lanjut.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata ia termasuklah menyemak semula aspek penyelenggaraan di kawasan-kawasan terlibat.

“Laporan ini akan diteliti dan dibincangkan dalam satu mesyuarat bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang ini. Saya akan lihat laporan (faktor berlakunya banjir kilat) kerana kadang kala ia disebabkan taburan hujan yang tinggi, bagaimanapun setakat ini semuanya terkawal.

“Untuk kejadian ribut di Klang pula, walaupun ribut agak keras dua hari lepas namun pasukan kita terutamanya Majlis Perbandaran Klang telah bergerak pantas untuk atasi bencana yang melanda kawasan terlibat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pro Canselor Universiti Selangor di sini, hari ini.

Semalam, hujan yang sangat lebat lebih dua jam sejak pukul 4.00 petang mengakibatkan banjir kilat di KM 23.4-KM 24 arah selatan berdekatan IOI Mall di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Bandar Puteri Puchong dekat sini.

Pada Isnin pula, angin kencang berserta hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan di Klang mengakibatkan kerosakan teruk kepada sejumlah kenderaan, kemudahan awam dan bangunan.

Kejadian ribut itu turut menyebabkan 86 mangsa daripada 21 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sekitar Klang sejak semalam susulan kerosakan pada kediaman mereka. – BERNAMA

Tags: banjir kilatlaporan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Kerajaan tidak mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia siap tiga tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd