• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Arah MPS Tutup Lombong

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menutup kawasan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong sejurus operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di lombong itu, selesai.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata langkah penutupan itu perlu, susulan beberapa kes mati lemas direkodkan di kawasan itu dan terbaru, membabitkan enam anggota bomba yang menyertai operasi SAR tersebut malam tadi.

“Saya dapat laporan ini bukan kejadian pertama (lemas di lombong) dan saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang tingkat kawalan keselamatan temasuk menutup kawasan itu.

“Penutupan akan dilakukan secepat mungkin sebaik operasi SAR selesai kerana SAR kini masih berlaku di lokasi terbabit,” katanya kepada pemberita selepas bertemu keluarga dan waris, anggota bomba yang maut itu di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 di sini, hari ini.

Turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohamad Hamdan Wahid.

Amirudin berkata pihaknya turut mengarahkan majlis perbandaran itu untuk menutup laluan ke lombong berkenaan, berikutan kawasan tersebut sering menjadi tempat orang ramai untuk memancing.

“Di kawasan itu saya difahamkan ada jeti yang menjadi laluan di lombong itu yang kini dinaik taraf bagi tujuan kawasan tadahan air hujan.

“… dan jeti itu bukan untuk tujuan memancing, sekiranya orang ramai mahu memancing, saya nasihat carilah kawasan yang lebih selamat,” tambahnya.

Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan Selangor juga bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM20,000 kepada setiap keluarga dan waris, anggota bomba yang maut tersebut.

Beliau berkata sumbangan itu dibuat bagi menghargai jasa sepanjang penugasan mereka selain untuk meringankan beban keluarga dan waris masing-masing.

Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba yang maut.

“Kami hargai sumbangan dan pengorbanan mereka dan berharap sumbangan ini dapat mengurangkan beban serta kesedihan mereka,” kata Amirudin.

Terdahulu, enam jenazah anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat yang lemas dalam operasi SAR itu, selamat disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 kira-kira 9 pagi ini.

Dua daripada mereka dari balai bomba Shah Alam manakala empat lagi dari balai bomba Pelabuhan Klang. – BERNAMA

Tags: lombongMPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Spanco: Muhyiddin Beri Penjelasan

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

24/02/2024
0

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat...

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

03/01/2024
0

Seremban: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Negeri Sembilan dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi selepas prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd