• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Batalkan 4,000 Projek Rakyat?

oleh Cj Mnh
06/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menuntut penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dakwaan lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat di setiap Parlimen di seluruh negara yang telah diluluskan dibatalkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, projek yang dibatalkan kerajaan PH tersebut sangat memberi faedah langsung kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“PAS telah menunggu penjelasan selama empat hari dari Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), tetapi masih tiada jawapan.

“Sebenarnya untuk pengetahuan umum, lebih 4,000 projek tersebut adalah projek khas dan melibatkan peruntukan dana dari Kerajaan Persekutuan serta diseliakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Hanya terdapat beberapa projek sahaja yang diberikan kepada pejabat daerah sebagai pelaksana tapi ia masih lagi tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan PH sejak mengambil pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan Malaysia berhadapan hutang yang tinggi apabila isu kewangan dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Ia termasuk berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup(BSH) dikurangkan sedangkan kerajaan terdahulu menjayakan program berkenaan dengan lancar.

Dalam pada Nasrudin turut meminta Menteri Kewangan menjelaskan dakwaan mengenai tuntutan pembayaran projek yang masih tidak dilunaskan kepada kontraktor Bumiputera berjumlah puluhan juta ringgit.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, dalam minggu ini juga, pihak persatuan kontraktor telah menghantar satu surat tuntutan pembayaran segera kepada pihak ICU.

“Semua pembayaran kepada kontraktor Bumiputera tersebut dikatakan telah disekat oleh Menteri Kewangan. Oleh itu, PAS menuntut dua isu utama ini dijelaskan dengan segera dan penuh tanggungjawab oleh Menteri Kewangan,” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: Nasruddin Hassanprojek rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nasruddin Ketuai MN Di Pahang, Zuraida Di Selangor

Nasruddin Ketuai MN Di Pahang, Zuraida Di Selangor

15/01/2023
0

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan dan bekas ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin masing-masing diumum sebagai pengerusi perhubungan Muafakat Nasional...

Wanita UMNO Kesal PH Tangguh Projek Rakyat

03/10/2018
0

GEORGE TOWN - Pergerakan Wanita UMNO menzahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan dan membatalkan projek-projek rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd