• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Sedia Bantu Pengusaha Ikan Betta

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka bersedia untuk membantu penternak dan pengusaha ikan laga spesies Betta di negeri ini bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata beliau bersedia untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada pengusaha ikan betta yang berminat.

“Kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan Melaka dan agensi berkaitan sedia membantu dengan mengadakan latihan kepada penternak terbabit untuk menghasilkan ikan betta varieti bermutu tinggi setanding dengan ikan betta yang dihasilkan oleh negara pengeluar ikan betta seperti Thailand dan Indonesia,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Norhizam berkata beliau akan melakukan kajian mengenai potensi dan kesesuaian perusahaan tersebut dalam masa terdekat.

“Saya sendiri akan turun padang berjumpa dengan pengusaha ikan betta bagi mengetahui keperluan mereka dan apa yang boleh kita lakukan bagi membantu mereka,” katanya.

Katanya beliau turut mengalu-alukan sumbangan buah fikiran dan idea daripada pengusaha dan peminat ikan betta di negeri ini.

Beliau berkata pada peringkat awal, beliau mencadangkan agar pengusaha dan peminat ikan betta menganjurkan pertandingan ikan itu bagi mengumpul komuniti dan pada masa yang sama mempromosi produk mereka kepada orang ramai.

“Kerajaan negeri sedia membantu sekiranya ada pihak yang berminat dan bersedia untuk menganjurkan pertandingan ikan betta di negeri ini,” katanya.

Norhizam berkata perusahaan ikan betta mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan bukan hanya sebagai produk pertanian tetapi sebagai produk pelancongan ke Melaka kerana ianya mempunyai ramai peminat di seluruh dunia seperti dari negara Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan China.

Beliau berkata ikan betta lebih mudah dijaga berbanding ikan hiasan lain kerana ikan betta tidak memerlukan alat oksigen seperti ikan kelisa dan ikan emas yang memerlukan penjagaan rumit.

Katanya terdapat lebih kurang 25 jenis ikan betta di Malaysia, antaranya Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. – BERNAMA

Tags: Ikan Bettakerajaan negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

06/05/2026
0

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu bertindak sebagai “rubber stamp” atau sekadar formaliti dalam melaksanakan...

Ketua UMNO Bahagian Subang Beri Amaran Kepada PKR Selangor, UMNO Bukan Parti Picisan

Ketua UMNO Bahagian Subang Beri Amaran Kepada PKR Selangor, UMNO Bukan Parti Picisan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah mengecam kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd