• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Melaka Mohon Maaf Atas Kekasaran Wakil Rakyat

oleh
10/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memohon maaf berhubung kejadian melibatkan seorang wakil rakyat yang didakwa bertindak kasar dengan penduduk Kampung Pulau Nibong di sini yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata pihaknya kesal dengan insiden tersebut kerana isu penutupan jalan di Taman Akasia seharusnya diselesaikan dengan cara baik dan tidak melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkata isu berkenaan sepatutnya diselesaikan di peringkat pihak berkuasa tempatan sahaja.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka memohon maaf atas kejadian yang berlaku…mungkin apa yang berlaku disebabkan oleh kerana exco kita kurang berpengalaman dalam mengurus isu-isu melibatkan masyarakat dan penduduk setempat.

“Kalau kita lihat sebelum ini, kita daripada pembangkang menjadi sebuah kerajaan, banyak perkara atau aspek yang perlu ditambah baik terutama melibatkan komunikasi dengan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, Norhizam yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri mencetuskan kontroversi apabila rakaman video berdurasi dua minit 27 saat melibatkan beliau bertikam lidah dengan sekumpulan penduduk tersebar di laman sosial.

Wakil rakyat DAP itu hadir di taman tersebut bagi menghadiri sesi dialog dan sidang akhbar berhubung penutupan jalan pintas Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia, kira-kira pukul 9 pagi, namum ia bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan penduduk meminta penjelasan mengenai penutupan jalan pintas berkenaan.

Adly berkata beliau telah melihat video berkenaan dan Norhizam sepatutnya menjaga komunikasi dalam menyelesaikan isu berkaitan rakyat, sebagai pemimpin beliau perlu menunjukkan contoh terbaik kerana bahasa yang digunakan memberi kesan pada perbincangan atau komunikasi.

Beliau berkata satu perbincangan berkaitan penutupan jalan di taman terlibat akan dilakukan semula melibatkan penduduk taman dan kampung tersebut bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Tey Kok Kiew.

Katanya perbincangan yang bakal dibuat perlu mengambil kira pandangan dan kepentingan kedua-dua pihak dan keputusan yang dilakukan perlu dipersetujui secara bersama. – BERNAMA

Tags: Adly ZaharibiadabExco
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

N.Sembilan Tetapkan Minimum RM2 Juta Pemilikan Aset Warga Asing

Next Post

Lagi Mangsa Katering Popular Buat Laporan Polis

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Next Post

Lagi Mangsa Katering Popular Buat Laporan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd