• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Tetapkan Minimum RM2 Juta Pemilikan Aset Warga Asing

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan telah menggubal dasar baharu berhubung pemilikan aset warga asing di negeri ini dengan menetapkan had nilai pemilikan aset minimum RM2 juta berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata had pemilikan aset bagi warga asing sebanyak RM2 juta itu terpakai di kawasan Seremban, Port Dickson dan Jempol manakala bagi daerah-daerah lain masih pada nilai yang sebelum ini iaitu RM1 juta.

“Kita benarkan tanah pajakan sahaja untuk dimiliki warga asing tetapi untuk pemilikan tanah pegangan bebas, kita tidak membenarkan tanah tersebut dimiliki oleh warga asing.

“Kali ini kita menaikkan harga pemilikan aset bagi mengawal pembelian tanah oleh warga asing kerana kita ingin mengawal dan memastikan hak rakyat tempatan terjaga,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas isu peniaga yang didakwa mengambil kesempatan menaikkan harga barang semasa musim pilihan raya kecil di Port Dickson, Aminuddin berkata orang awam yang dikenakan caj atau harga yang tidak munasabah boleh membuat aduan kepada pihak kerajaan ataupun majlis daerah.

“Saya berharap peniaga-peniaga di Port Dickson jujur dan beretika dan tidak sesekali mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang. Mereka (peniaga) harus tunjukkan kepada pengunjung luar bahawa Port Dickson merupakan kawasan pelancongan yang mesra pelanggan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemilikan asetwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd