• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekal Capaian Internet Di 1,294 Sekolah Di Sabah

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membekalkan perkhidmatan capaian Internet di 1,294 sekolah di Sabah, kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,239 sekolah telah dibekalkan dengan perkhidmatan 1BestariNet manakala 54 sekolah lain pula dibekalkan dengan capaian Internet daripada pembekal perkhidmatan lain.

“Kemudahan capaian Internet ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan teknologi, guru juga dibekalkan dengan pelan data bagi memudahkan capaian Internet tanpa perlu menggunakan talian Internet sekolah.

“Selain itu, kementerian juga sedang membangunkan aplikasi pintar melalui pendekatan mobil secara dalaman bagi memudahkan guru melaksanakan PdP dengan bantuan teknologi,” katanya bagi menjawab soalan Noorita Sual (PH-Tenom) yang ingin tahu keberkesanan projek 1BestariNet khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Maszlee berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meningkatkan kelajuan Internet secara efisien dengan kos minimum.

“Kementerian juga akan terus mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama bagi mendalami isu berbangkit seterusnya mencadangkan penambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: internetSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd