• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Anwar Lesu Terpaksa Bawa Tokoh PH?

oleh
04/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA gerak calon Bebas iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan makin meningkat dan memikat, kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson dikatakan lesu.

Beberapa ceramah beliau sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen bandar peranginan popular Negeri Sembilan itu sebelum ini dilapor terpaksa batal pada saat-saat akhir kerana jumlah mereka yang hadir terlalu kecil.

Sebagai langkah pencegahan ekoran lunturnya kehadiran penyokong sendiri, portal BNP mendedahkan bahawa kem Anwar terpaksa ‘dibantu’ dengan dibawa masuk ramai tokoh terkenal Pakatan Harapan (PH) dari Kuala Lumpur.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan bekas Ahli Parlimen PKR Batu di ibu kota, Tian Chua yang gagal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu turut dikerah bantu Anwar menarik minat orang ramai.

Hari ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang juga Presiden PAN turun hadiri program di kem tentera, waima Anwar sebelum ini berkeras menyatakan tidak mahu pembabitan jentera kerajaan PH sepanjang tempoh kempen.

Beka Ketua Pembangkang itu mahu jadikan PRK Port Dickson sebagai yang paling bersih di negara ini. Meskipun ada kelebihan kerana pegang ‘tag’ calon Perdana Menteri kelapan, Anwar ditentang calon yang tidak kurang hebat.

Mohd Isa, veteran UMNO yang bertanding atas tiket Bebas, mempunyai rangkaian rakan politik yang ramai. Selain dikenali penduduk setempat, bekas Menteri Besar itu mengenali ramai orang yang berpengaruh di Port Dickson.

Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful pula hadir dengan misi yang jelas iaitu halang politik tidak bermoral dan menodai sistem demokrasi yang akan menjejaskan kestabilan politik serta institusi negara keseluruhannya.

Ada yang dakwa kerakusan Anwar mahu kembali ke tampuk pemerintahan negara akan jejas keseimbangan ekologi politik. Anwar pasti melakukan rombakan Kabinet ketika para menteri dan timbalan menteri masih teraba-raba.

Tidak hairanlah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PH mengutuk jemaah menteri yang beliau sendiri pilih kerana didakwa gagal memahami tugas masing-masing dan berperangai seperti pembangkang.

Jika Anwar dilantik ganti Mahathir, ia bermakna ada menteri bertukar sekali gus bererti bertukar jugalah ramai pegawai lantikan politik. Sedangkan yang ada sekarang pun belum selesai lagi isu tunggakan gaji mereka sendiri.

Pergolakan politik dalaman PH juga bakal menjejaskan pertumbuhan dan aktiviti ekonomi negara yang sehingga hari ini masih terbantut sejak blok tersebut ambil alih pemerintahan terdahulu daripada Barisan Nasional (BN).

Sikap cuai dan semborono Anwar buat percaturan ketika pernah berada dalam pentadbiran BN dan kemudian sebagai pembangkang kerana terlalu ghairah untuk berkuasa akan merencatkan lagi keadaan ekonomi negara.

Jadi terpulanglah kepada pengundi berdaftar Port Dickson untuk menentukan masa hadapan mereka dan masa hadapan negara ibarat sesal dahulu pendapatan tapi sesal kemudian tiada gunanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Port DicksonPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd