Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Jangkitan Covid-19 Turun Dua...

SEMALAM hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan kerajaan dalam usaha mengekang pandemik...

Dua Lagi Bot Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan dua bot nelayan Vietnam bersama...

Bunuh Guru Al-Quran: Perintah...

KOTA BHARU - Perintah reman ke atas dua lelaki yang disyaki membunuh seorang...

Jumlah Had Pegangan ASB...

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada...

Kekosongan Jawatan Guru Besar Di 14 SJKC Di P.Pinang Diisi

BUKIT MERTAJAM – Kekosongan jawatan guru besar di 14 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) di Pulau Pinang akan diisi selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata pihaknya telah menyiasat perkara itu dan mendapati ada antara sekolah berkenaan yang sudah 10 bulan tidak mempunyai guru besar.

“Empat belas buah SJKC ini yang tidak ada guru besar sekarang akan mempunyai seorang guru besar yang baharu untuk bantu sekolah ini menguruskan sesi persekolahan 2019.

“Kita akan pastikan (kekosongan itu) akan diisi secepat mungkin selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke SJKC Permatang Tinggi, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke SJKC Kay Sin, Machang Bubok di sini.

Ditanya mengapa kekosongan jawatan itu berlaku, Teo enggan mengulas, namun akan memastikan perkara itu diselesaikan segera.

Sementara itu, Teo yang juga Anggota Parlimen Kulai berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi projek pembinaan 18 buah bilik darjah yang baharu untuk SJKC Kay Sin manakala RM10 juta bagi projek pembinaan 12 buah bilik darjah untuk SJKC Permatang Tinggi.

“Projek-projek ini telah dapat kelulusan dan proses tender akan dimulakan pada tahun yang akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori