• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tinjau Sumber Baharu Kekayaan Negeri – Mukhriz

oleh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah sedang meninjau sumber baharu bagi menggantikan hasil pembalakan yang tidak mampu menyumbang kepada penjanaan kekayaan negeri.

Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata untuk itu beliau telah memulakan perbincangan bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) serta pihak Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) di New York baru-baru ini.

“…UNDP yang menjadi penggerak utama Program Pengurangan Pelepasan daripada Penebangan dan Degradasi Hutan (Reducing Emissions From Deforestation and Degradation of The Forest).

“Daripada perbincangan tersebut, mereka kagum dengan pendirian Kedah dan mengajak saya menyertai sesi perbincangan mengenai Hutan dan Kewangan di pejabat wakil Jerman ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keesokan malamnya.

“Perjumpaan dengan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan kelestarian hutan telah mendedahkan kepada saya pelbagai pendekatan yang telah diambil oleh negara-negara yang menghadapi isu sama seperti Kedah… contohnya, kejayaan yang telah dicapai oleh Brazil dan Peru boleh dijadikan asas untuk merangka strategi di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mukhriz berkata menerusi hubungan yang bakal terjalin itu secara tidak langsung dapat membantu Kedah mengurus dan menjamin kelestarian khazanah hutan sambil menerokai potensi aktiviti ekonomi seperti eko-pelancongan yang dapat meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Beliau berkata semua pihak sedia maklum bahawa Kedah tidak mempunyai sumber asli yang boleh menjana kekayaan seperti minyak dan gas malah hasil hutan dan bahan mentah seperti bijih besi, bijih timah serta galian yang lain adalah terhad dan tidak mampu menyumbang kepada pendapatan negeri

“Sektor pertanian pula tertumpu kepada padi yang tertakluk di bawah dasar Jaminan Bekalan Makanan..pelbagai bentuk subsidi disediakan, namun petani tetap tidak tergolong antara yang kaya.

“…malah Kedah memutuskan untuk menghentikan kerja-kerja pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dan sebahagian daripada hutan di Kedah diwartakan sebagai hutan simpan kekal atau kawasan tadahan air untuk memastikan bekalan air kepada rakyat dan industri padi di Kedah terjamin.

“Selain itu semua permohonan baharu konsesi pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda telah ditolak dan konsesi-konsesi lama pula telah dihentikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd