• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Perkenal Dua Inisiatif Untuk Atlet

oleh
26/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal memperkenalkan dua inisiatif iaitu membuka peluang perkerjaan dan program perlindungan kesihatan kepada atlet negara dijangka tahun depan.

Timbalan Menterinya Steven Sim berkata KBS sedang melakukan projek perintis dengan 10 syarikat swasta untuk menawarkan perkerjaan kepada atlet negara di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

“Syarikat swasta terpilih itu adalah organisasi besar contohnya dalam bidang perbankan, teknologi maklumat dan automotif. Tempoh masa berkerja mereka mungkin dari 10 hingga 15 jam. Namun butiran lanjut mengenai masa, elaun atau gaji kepada atlet masih diperhalusi.

“Contohnya dalam sukan badminton, kebanyakan mereka menjalani latihan tiga sehinga enam jam sehari, maksudnya selepas latihan mereka mmempunyai masa dan boleh berkerja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau latihan atlet badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Sim berkata kementerian sangat prihatin dengan masa depan atlet negara agar kehidupan mereka selepas bersara masih terjamin.

“Kita tidak mahu atlet berada dalam dilema. Apabila turun di lapangan menjalani latihan atau menyertai kejohanan, tidak timbul kerisauan mereka mengenai nasib mereka selepas bersara nanti. Kerajaan sedang membantu para atlet dan perkembangan mereka, bukan meraih pingat emas semata-mata,” katanya.

Sim berkata menerusi MSN juga, inisiatif perlindungan kesihatan diperluaskan kepada atlet dan bekas atlet.

“Antara perbelanjaan terbesar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) adalah perbelanjaan perubatan. Apabila perlindungan kesihatan diperluaskan, insiatif ini akan membantu mengurangkan (perbelanjaan) YAKEB,” katanya. – BERNAMA

Tags: atletKBS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd