• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kampung Pawong Di Pos Slim Tidak Selamat

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kampung Pawong di penempatan Orang Asli Pos Slim, Simpang Pulai dekat sini tidak selamat didiami kerana terdedah kepada risiko rekahan tanah lebih teruk.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Perak Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata kedudukan kawasan itu yang dekat dengan tebing sungai selain faktor cuaca menyebabkan kampung tersebut tidak selamat.

“Buat masa ini, kawasan tersebut masih tidak selamat. Faktor hujan lebat dan jarak dekat dengan tebing sungai adalah faktor utama.

“Rekahan semalam sepanjang 50 meter (m) dengan lebar mencapai 1.2m dan kedalaman 1.5m, tiga buah rumah paling terkesan dengan rekahan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, enam rumah dalam satu deretan di penempatan yang dibina pada 2008 perlu dikosongkan susulan rekahan tanah yang berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Menjelas lanjut, Ahmad Zukni berkata lokasi rekahan ke tebing sungai hanya 10m dan ketinggian tebing lebih kurang 60m serta hujan lebat membolehkan hakisan tanah terjadi.

“Ini seterusnya menghasilkan rekahan tanah selari dengan jajaran aliran sungai,” katanya sambil menambah tapak rekahan adalah tanah yang ditambak dan bukannya tanah asal.

Kampung Pawong yang terletak 14 kilometer dari Simpang Pulai mempunyai 15 buah rumah dan sebuah surau. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlandshakisan tanah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd