• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Hala Tuju ECRL Ditentukan Dalam Masa Terdekat

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kajian yang sedang dilakukan terhadap hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sama ada meneruskannya atau tidak, akan ditentukan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata semalam Kabinet ada membincangkan secara ringkas mengenai projek tersebut dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta diberi sedikit masa untuk melihat kewajaran ECRL ini.

“Dalam projek ECRL kita harus melihat apakah projek ini boleh mencipta nilai dan memberi kebaikan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi yang amat gawat pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan bersama kepimpinan PKR Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata kerajaan sedang menimbang hala tuju projek ini kerana proses pelaksanaannya sebelum ini tidak telus sebagai contoh sejumlah pembayaran telah dibuat dalam keadaan projek belum bermula.

“Sejumlah hampir RM20 bilion telah pun dibayar dalam keadaan kemajuan projek ini masih di tahap paling minimum dan ini satu perkara yang harus disiasat,” katanya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumkan kos projek ECRL yang menghubungkan Kelantan-Terengganu-Pahang dengan Pelabuhan Klang, Selangor sebanyak RM55 bilion.

Sementara itu, mengenai pemilihan PKR peringkat pusat dan cabang bagi penggal 2018-2021, Mohamed Azmin yang merupakan calon jawatan Timbalan Presiden parti itu mengingat perwakilan supaya tidak terjebak dengan amalan rasuah dalam memilih pemimpin.

Walaupun beliau tidak ada bukti kegiatan itu berlaku hanya sekadar dimaklumkan oleh pihak tertentu, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan tersebut.

“Kita mahu bina parti yang bersih subur dengan etika nilai-nilai yang murni dan sebagai pemimpin kita harus memberi peringatan dan nasihat kepada semua supaya perjalanan parti ini dilakukan dengan sempurna,” katanya yang dicabar oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli. – BERNAMA

Tags: ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd