• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad Ketibaan Elektronik Baharu ICA Mula Diuji

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) akan melancarkan kad ketibaan elektronik bagi pelawat asing ke Singapura dan penggunaan kad itu akan diuji selama tiga bulan mulai esok.

Ia bagi menggantikan kad pendaratan/berlepas jenis kertas bagi pelawat asing yang ketika ini perlu diserahkan semasa ketibaan.

Ketika ini, pelawat asing ke Singapura perlu mengisi kad pendaratan/berlepas jenis kertas sebaik tiba yang mengandungi maklumat penting seperti penerbangan mereka ke Singapura dan di mana mereka menginap di Singapura.

“Kami telah membuat semakan dan butiran ini kekal berguna bagi kawalan sempadan dan sebagai daripada usaha kami untuk langkah keselamatan,” kata ICA dalam kenyataan di sini.

Menerusi kad ketibaan elektronik, pelawat boleh mengemukakan maklumat peribadi mereka dan butiran perjalanan menerusi laman web ICA atau aplikasi mudah alih sebelum tiba di Singapura.

Pelawat dengan itu hanya perlu mengemukakan pasport untuk pelepasan imigresen sebaik tiba.

Terdapat dalam pelbagai bahasa asing, kad ketibaan elektronik itu yang telah diisi lebih awal, kemudiannya akan diakses menerusi sistem imigresen ICA.

Pelawat asing yang melakukan perjalanan bersama-sama keluarga atau dalam kumpulan kecil diberi pilihan untuk mengemukakan maklumat berkenaan secara berkumpulan.

Maklumat perjalanan seperti butiran penerbangan, tempat terakhir berlepas, tarikh dijangka tiba dan berlepas serta alamat di Singapura akan secara automatik meliputi setiap orang dalam kumpulan itu.

Aplikasi mudah alih itu akan membolehkan pelawat menyimpan maklumat yang telah dikemukakan pada lawatan sebelumnya untuk digunakan bagi perjalanan seterusnya ke Singapura.

Ciri kad itu yang mesra pelawat akan menjadikan proses untuk mengemukakan maklumat yang diperlukan lebih mudah.

Pengujian kad itu tidak akan melibatkan rakyat Singapura, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang – pelajar dan pekerja — yang kembali ke Singapura kerana mereka tidak perlu mengemukakan sebarang kad pendaratan/berlepas.

Kad itu akan diuji di kebanyakan pusat pemeriksaan udara, darat dan laut iaitu Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, Lapangan Terbang Changi, dan empat terminal kapal mewah/feri – Singapore Cruise Centre, Terminal Feri Tanah Merah, Terminal Feri Changi Point dan Terminal Feri Chang.

Kad ketibaan elektronik itu akan meningkatkan keefisienan operasi dan langkah penting ke arah mencapai visi ICA bagi pelepasan imigresen tanpa kertas dan akan menjimatkan sehingga 48 juta keping kad pendaratan/berlepas jenis kertas setahun.

Butiran lanjut pelaksanaan kad ketibaan elektronik itu akan diumumkan selepas tempoh kad itu diuji tamat, kata ICA. – BERNAMA

Tags: ICAkad ketibaan elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ICA Tahan Pemandu Bas Malaysia Cuba Seludup Keluar Warga India

15/10/2018
0

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) menahan seorang pemandu bas warga Malaysia kerana cuba menyeludup keluar seorang...

ICA Sita 2,041 Karton Rokok Seludup Dari Bas Malaysia

23/03/2017
0

SINGAPURA - Sebanyak 2,041 karton dan 60 peket rokok tidak dijelaskan cukai dirampas daripada sebuah bas berpendaftaran Malaysia di pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd