• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Nafi Ketua Cabang PKR Kimanis Ada 2 Mykad

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan bahawa calon ketua cabang PKR Kimanis, Sabah memiliki dua MyKad.

JPN dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan semakan jabatan itu, calon yang dimaksudkan hanya pernah dikeluarkan dengan satu kad pengenalan.

JPN menegaskan bahawa setiap individu hanya akan diberikan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik yang dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.

Mana-mana individu yang mendapatkan lebih daripada satu kad pengenalan tanpa kuasa atau sebab yang munasabah adalah satu kesalahan berdasarkan Subperaturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, katanya.

“Sehingga kini, Jabatan ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat yang mengesahkan mana-mana individu mempunyai dua MyKad,” katanya.

JPN memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang individu lain memiliki dua kad pengenalan untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana pejabat JPN yang berdekatan.

Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun mendakwa seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Kimanis memiliki dua MyKad.

Menurutnya perkara itu didedahkan selepas calon terbabit ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan rasuah minggu lepas. – BERNAMA

Tags: JPNPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

22/07/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh mengingatkan pengundi Negeri Sembilan bahawa manifesto hanyalah janji di...

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan jentera Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd