• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKR Sedia Peta Jalan Raya Sering Banjir

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyediakan peta yang menunjukkan jalan raya yang sering ditenggelami air di seluruh negara apabila berlakunya banjir terutama pada musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata selain untuk berkongsi maklumat dengan pengguna jalan raya, peta tersebut penting untuk respon segera daripada JKR apabila bencana alam berlaku di kawasan terbabit.

“Langkah berjaga-jaga lain yang dilakukan oleh JKR ialah menyediakan senarai nama, alamat dan nombor telefon pegawainya yang akan dihubungi untuk menjalankan kerja-kerja kecemasan apabila berlaku bencana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Jabatan Kerja Raya 2018 di sini, hari ini.

Mohd Anuar berkata langkah lain yang dilakukan oleh JKR ialah memeriksa dari semasa ke semasa keadaan struktur cerun, longkang dan pembentung di seluruh negara supaya berada dalam keadaan selamat, bersih dan tidak tersumbat terutama pada musim tengkujuh.

Beliau berkata JKR dan agensi lain di bawah kementeriannya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam itu berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui selama in.

Sementara itu, beliau menyarankan supaya JKR memperkasakan budaya inovasi dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan serta memupuk minat warga jabatan itu untuk mencorak kreativiti dan inovasi melalui penghasilan produk yang boleh dikomersialkan.

Katanya JKR sebagai penggiat utama dalam industri pembinaan harus gigih berusaha menghasilkan karya atau produk yang boleh dimanfaatkan oleh negara dan rakyat.

Beliau juga berkata penerokaan potensi teknologi baharu untuk diaplikasikan kepada bangunan sedia ada dan bangunan baharu perlu diperluaskan dan diharap antaranya dapat menjimatkan kos operasi. – BERNAMA

Tags: JKRpeta jalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd