Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Akan Dikenakan Tindakan...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin jika...

Polis Tumpas Kegiatan Pengedaran...

MIRI - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah antarabangsa dengan penangkapan seorang ahli perniagaan...

AS Sertai Misi Cari...

SEOUL - Pasukan menyelamat Amerika Syarikat (AS) hari ini menyertai operasi mencari 52...

BN Johor Tekad Pastikan...

JOHOR BAHRU — Barisan Nasional (BN) Johor tekad memastikan Timbalan Presiden Pakatan Harapan,...

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas masuk ke dalam lubang mendapan tanah di Seksyen 102, Laluan Persekutuan FT12, Kuantan–Segamat, Pekan pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam nahas pada jam 8.55 malam itu, mangsa, Muhammad Farhan Dagang, 29, beralamat di Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan plastik sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap itu.

JKR dalam satu kenyataan berkata, laluan tersebut telah ditutup kepada semua kenderaan berikutan mendapan struktur ‘bebo arch culvert’ ekoran kejadian banjir pada awal Januari lalu.

Menurutnya, lanjutan daripada penutupan itu, satu laluan lencongan dan jambatan sementara telah dibina bagi memastikan rangkaian perhubungan jalan raya tidak terputus.

“Hasil siasatan dan pemantauan di lokasi kejadian mendapati bahawa Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan dari kedua-dua arah bagi meningkatkan tahap keselamatan serta sebagai makluman atau amaran awal kepada pengguna.

“TMP yang telah dipasang adalah mengikut prosedur dan spesifikasi seperti penyediaan papan tanda sementara (lencongan, had laju dan had muatan), garisan jalan sementara dan penghadang jalan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.


Katanya, JKR juga telah menyediakan beberapa inisiatif tambahan seperti mengadakan bonggol bagi mengurangkan had laju kenderaan.

Selain itu, lampu solar turut dipasang di sekitar laluan lencongan bagi meningkatkan pencahayaan dan tahap keselamatan terutamanya pada waktu malam.

Susulan kejadian itu katanya, JKR menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Untuk makluman, JKR sedang melaksanakan proses perolehan bagi kerja-kerja penggantian jambatan kekal di lokasi tersebut.

“Justeru, jabatan ini memohon semua pengguna jalan raya di laluan tersebut agar lebih berhati-hati serta mematuhi papan tanda dan had laju yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori