• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHL Tembak Buaya Di Perairan Laut Karamunting

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak seekor buaya yang dikesan di perairan laut berhampiran Kampung Tanjung Batu dekat sini, semalam.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin berkata tindakan menembak buaya itu diambil atas faktor keselamatan orang awam selepas pihaknya menerima aduan kehadiran buaya di kawasan perairan laut Karamunting.

Katanya anggota jabatan itu melepaskan dua das tembakan yang mengenai buaya itu pada pukul 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari dan dipercayai haiwan itu mati.

Usaha untuk mengesan buaya itu gagal selepas ia terus tenggelam setelah ditembak kali kedua kerana arus deras dan kawasan perairan laut adalah dalam, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata jabatan itu telah melaksanakan operasi mengesan buaya di kawasan perairan itu sejak Isnin lepas dan hanya semalam kehadiran seekor buaya dikesan selepas dimaklumkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hussein berkata operasi mengesan buaya di kawasan perairan itu disambung hari ini dan penduduk kampung diminta memaklumkan segera kepada pihaknya sekiranya melihat buaya timbul. – BERNAMA

Tags: BuayaJabatan Hidupan Liar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd