Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri SM Faisal...

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia...

Video: Gadis Sepak Anak...

KEJAM... Rakaman video memaparkan tindakan seorang remaja perempuan menyepak seekor anak kucing dengan...

Sultan Ibrahim Biayai Kos...

KUALA LUMPUR – Beban kewangan yang ditanggung  oleh sebuah keluarga bagi membiayai kos...

“Tiada Majlis Besar, Akad...

KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish memberitahu tiada sebarang majlis besar-besaran untuk meraikan...

Jefri Chua Dedah Agenda Hak Kebebasan Agama

KUALA LUMPUR – Sebilangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap menyuarakan tentang isu hak kebebasan beragama sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu.

Terbaharu, Ahli Parlimen DAP, P. Kasthuriraani mendesak kerajaan ‘Malaysia Baharu’ memberi kebebasan untuk fahaman sesat Syiah diamalkan di Malaysia.

Beliau berhujah ia terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu berhubung hak kebebasan beragama walaupun pandangannya ditepis Ahli Parlimen UMNO.

Satu kenyataan yang tersebar dipercayai ditulis oleh pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Jefri Chua mendedahkan mengapa perkara itu berlaku:

TAHU tak kenapa Ahli Parlimen DAP agresif tentang isu Hak Kebebasan Beragama di Parlimen ketika ini?

Untuk pengetahuan semua, 8 November 2018, bulan depan, sekali lagi akan berlangsungnya UPR di Geneva.

Apa itu UPR?

Universal Periodic Review, merupakan satu persidangan yang diadakan untuk menyemak semua negara dibawah “United Nation” (Pertubuhan Bangsa Bersatu) samada mereka ikut atau tidak Hak Asasi Manusia yang dikendalikan oleh UNCHR.

Sejak dari dahulu, satu kumpulan sivil yang bernama COMANGO telah menekan Kerajaan Malaysia pada ketika itu agar Malaysia tunduk kepada Hak Asasi Manusia UNCHR ini.

Hari ini, mereka yang aktif dalam COMANGO ketika itu, sudah ada yang menjadi Ahli Parlimen di blok Kerajaan Baru. Ketika mereka tiada kuasa mereka menekan Kerajaan sekuatnya, hari ini mereka sebahagian dari Kerajaan itu.

Apa yang anda rasa mereka akan lakukan? Sudah tentu dengan kuasa sebagai pihak Kerajaan, mereka punya semua sumber, maklumat, akses, kemudahan dan sebagainya dalam menjayakan agenda mereka agar Malaysia tunduk kepada UNCHR.

Apa antara tuntutan mereka yang dari dulu sejak bernama COMANGO sehingga kini mereka masih konsisten memperjuangkannya?

1. Menghalalkan Zina.

Mereka mahu semua undang-undang yang menjenayahkan perbuatan seksual suka sama suka antara orang dewasa dihapuskan.

Bagi mereka, jika perlakuan seks itu adalah suka sama suka, dan dilakukan diruang peribadi, itu hak mereka!

Tidak ada siapa yang boleh persoalkan dan ambil tindakan. Itu Hak Asasi Manusia kata mereka. Suka sama suka dan diruang peribadi. Ingat “keyword” ini.

Suka sama suka dan diruang peribadi. Macam pernah dengar.

2. Kesamarataan Gender termasuklah mengiktiraf hak ELLJEEBEETI (CJST)

Mereka mahu Mak Nyah, dan Pondan-pondan ini diberikan hak mereka sama seperti manusia normal yang lain.


Jika mereka mahukan tandas untuk kaum mereka, kerajaan perlu bina. Kalau mereka mahu kahwen sesama jantina, itu Hak Asasi mereka. Perlu iktiraf.

Gay nak bina Pusat Gay Malaysia, kena izinkan. Itu Hak Asasi mereka untuk berpesatuan. Ya, ini antara tuntutan mereka supaya Kerajaan Malaysia tunduk dan ikut kemahuan UNCHR.

3. Kebebasan Beragama. Dalam erti kata lain bebas untuk MURTAD!

YA! Mereka mahu Malaysia hapuskan segala undang-undang yang boleh dikenakan keatas umat Islam yang mahu tukar agama ataupun MURTAD bahasa mudahnya.

Jabatan Agama, Kerajaan, malah sesiapa sahaja tidak boleh ambil tindakan.

Ini amat bertentangan ajaran Islam. MURTAD merupakan perkara yang besar didalam Islam. Malah boleh dijatuhkan Hudud.

Ini antara tuntutan-tuntutan mereka (sejak menjadi pembangkang) sehinggalah kini (sebahagian mereka sudah berada dalam Parlimen di pihak Kerajaan Baru).

Rakyat perlu diceritakan kepada mereka akan bahaya dan ancaman ini. Jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apa akan jadi kepada generasi akan datang?

Anak cucu cicit kita yang akan mewarisi negara ini akan berdepan satu keadaan yang amat mencabar buat umat Islam ketika itu.

Zina berleluasa, sehingga lahirnya keturunan yang tak tentu hala nasab keturunan akibat zina.

Murtad tidak boleh diambil tindakan. Islam menjadi bahan ejekan. Dipermain-mainkan. Tiada lagi kedaulatan Islam sebagai agama negara.

Apa akan jadi kepada tanah air kita? Cuba anda bayangkan. Cuba anda rasai perasaan hidup ketika itu.

Semuanya kerana kita tidak melakukan sesuatu hari ini untuk membantah, menyatakan bangkangan kepada gerakan yang berusaha merosakkan negara kita.

Buat apa saja untuk wujudkan kesedaran masyarakat tentang bahaya perkara ini.

Tulis di facebook. Ceritakan kepada keluarga, kawan-kawan pejabat, sesiapa saja.

Buat bantahan dengan kapasiti yang kita ada. Itulah usaha kita walaupun kecil. – MYNEWSHUB.TV

Kategori