• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Takut Jika Terlanjur – TPM Wan Azizah

oleh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Remaja terlanjur sehingga mengandung, tidak perlu takut untuk tampil ke depan bagi mencari jalan menyelesaikan masalah bersama-sama dengan pihak berkuasa dan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata setiap manusia melakukan kesilapan dan perlu mencari jalan keluar apabila ditimpa masalah.

“Carilah pertolongan. Ia bukan jalan buntu. Kita semua ada melakukan kesilapan dalam hidup. Tampillah ke depan. Ada orang yang sudi menolong.

“‘Malah kita ada kaunselor di sekolah untuk sesi kaunseling untuk mana-mana remaja yang menghadapi masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Fiqh dan Muzakarah keempat di Institut Sosial Malaysia hari ini.

Dr Wan Azizah diminta mengulas mengenai kes seorang remaja perempuan yang dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan bayi lelaki dalam tandas di rumahnya di Taman Kerian Permai, Parit Buntar, Perak, pada Ahad.

Mangsa yang berkurung dalam bilik air sejak 8.30 pagi ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kira-kira 2 petang selepas memecahkan pintu tandas.

Remaja terbabit dan bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata kementerian telah meminta maklumat lanjut daripada pihak polis bagi membantu keluarga mangsa.

“Ini kes polis. Saya telah meminta lebih banyak maklumat. Satu tragedi yang kita mesti tahu apa punca. Saya sedih perkara seperti ini masih berlaku.

“Sebab itu, kita perlu tingkatkan lagi pendidikan (seks) untuk rangkumi semua aspek supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Dr Wan Azizah menegaskan bahawa menjaga dan membesarkan kanak-kanak dalam cara yang betul adalah tanggungjawab ibu bapa dan ia tidak selalunya mudah tetapi pendidikan yang betul membesarkan anak-anak mengikut cara yang diajarkan oleh Islam telah merangkumi segala aspek kehidupan.

Beliau berkata ibu bapa hendakah memerhatikan apa keperluan anak-anak sehinggalah mereka mampu berdikari dan mampu bersaing dalam dunia yang penuh dengan cabaran.

“Kanak-kanak adalah aset paling penting bagi mana-mana negara kerana merekalah masa depan negara. Kesejahteraan kanak-kanak menjadi keutamaan saya dan saya tidak akan berkompromi dengannya,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd