• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Hanya Pinjam, Buat Tabungan

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh hanya dilihat sebagai entiti pemberi pinjaman pendidikan semata-mata, sebaliknya perlu disedari ia satu badan yang berfungsi sebagai tabung bagi pendidikan anak pada masa hadapan.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata ini bagi memastikan mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tinggi pada masa hadapan tidak terikat dengan budaya meminjam tanpa ada sedikit pun tabungan yang boleh membantu mengurangkan pinjaman bagi membiayai pengajian.

“Mesti ada tabungan PTPTN…pinjaman akan ada… tapi dengan ada tabungan dibuat di peringkat awal maka jumlah pinjaman akan jadi sikit, jadi tak perlu pinjam banyak sangat..itu lebih baik daripada kena pinjam jumlah yang penuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bicara Memperkasakan Keluarga anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim) Perlis di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya kini giat mengadakan kempen menabung di seluruh negara dengan pelancaran Kempen Minggu Menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) semalam di ibu negara.

Beliau berkata sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 3.6 juta akaun SSPN telah dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM3.8 bilion.

Daripada jumlah berkenaan, 30,106 akaun dibuka oleh rakyat Perlis dengan jumlah simpanan RM14.13 juta.

Mengulas cadangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) agar hutang PTPTN dimansuhkan dalam Bajet 2019 beliau berkata pihaknya mahu mendapatkan butiran lanjut terlebih dahulu mengenai perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan. – BERNAMA

Tags: PTPTNWan Saiful Wan Jan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Galak Lebih Ramai Bukan Melayu Sertai ILP

Next Post

Anak Azeez Dibebaskan, Selesai Beri Keterangan

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Anak Azeez Dibebaskan, Selesai Beri Keterangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd