• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Ke Jambatan Pulau Bunting Dibuka Kepada Orang Ramai

oleh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Jalan sambungan dari Lebuhraya Utara Selatan ke Pulau Bunting dekat sini akan mula dibuka kepada orang ramai mulai esok.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata projek jalan sepanjang 18.2 kilometer bernilai RM250 juta itu telah pun siap sepenuhnya pada 23 Sept lepas.

“Dengan siapnya kerja-kerja pembinaan bagi projek ini, ia dapat menyediakan perhubungan darat yang lebih berdaya maju untuk semua jenis kenderaan darat dari Lebuhraya Utara Selatan ke Jambatan Pulau Bunting.

“Selain itu dapat mewujudkan prasarana jalan raya yang lengkap bagi menjana pembangunan Pulau Bunting dan persekitarannya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan projek itu oleh pihak kontraktor, UCM Construction Sdn Bhd kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jambatan Pulau Bunting hari ini.

Penyerahan itu disempurnakan Pengarah Urusan UCM Construction Sdn Bhd Datuk Ibrahim Mohamad kepada Pengarah JKR Kedah Wan Mohamad Hilmi Wan Mahmud yang disaksikan Mohd Anuar.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Zamri Yusof.

Mohd Anuar berkata jalan itu sepatutnya siap awal pada 8 Mei tahun lepas yang kemudian dilanjutkan kepada 23 Mei tahun ini, namun tidak dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh itu atas dua faktor iaitu perlu menyelesaikan isu pengambilalihan tanah di kawasan daerah ini serta pengalihan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) 132kv di Gurun.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai menjaga kebersihan di sekitar Pulau Bunting itu dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terjaga untuk menarik minat dan pandangan pelancong asing serta tempatan mengunjungi kawasan pulau berkenaan.

Projek itu diluluskan dalam Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-10 (RP3, RMK-10). Kerja pembinaan jalan dilaksanakan UCM Construction Sdn Bhd pada 9 Mei 2014. – BERNAMA

Tags: jambatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bawah Kerajaan PH, Pelabur Belum Yakin Ekonomi Negara

Next Post

Mangsa Rentung Disyaki Libatkan Empat Keluarga Berlainan

Related Posts

Wanita Menangis Atas Jambatan Kerana Keputusan Mahkamah

Wanita Menangis Atas Jambatan Kerana Keputusan Mahkamah

15/04/2023
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2 di...

8 Maut, 20 Cedera Di Thailand Selepas Bas Rempuh Tiang Jambatan

14/03/2022
0

BANGKOK: Sekurang-kurangnya lapan penumpang maut dan lebih 20 cedera apabila sebuah bas dua tingkat melanggar tiang konkrit sebuah jambatan, dalam...

Next Post

Mangsa Rentung Disyaki Libatkan Empat Keluarga Berlainan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd