• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Menangis Atas Jambatan Kerana Keputusan Mahkamah

oleh Mohd Arshad
15/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Menangis Atas Jambatan Kerana Keputusan Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2 di sini semalam dilaporkan mengalami tekanan perasaan kerana keputusan mahkamah bagi tuntutan kes sivil tidak berpihak kepadanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, difahamkan, tindakan wanita itu duduk di atas jambatan kerana mahu menenangkan perasaan ekoran keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

“Polis mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan dalam keadaan menangis dan mencurigakan semalam.

“Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita berkenaan ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan terbabit kira-kira 11 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengalami tekanan kerana perlu membayar sejumlah wang ekoran keputusan dibuat mahkamah.

“Siasatan juga mendapati tujuan wanita berkenaan berada di jambatan bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya hanya mahu menenangkan perasaan.

“Pihak keluarga wanita itu dipanggil untuk membantu siasatan dan dia sudah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Susulan itu, A Asmadi menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan melulu.

Katanya, sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini boleh hubungi talian 03-88862222/2145.

-Kosmo Online

Tags: jambatanKeputusan Mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

12/11/2025
0

Oleh Mynewshub  Maerkang, Provinsi Sichuan (11 November 2025) – Sebahagian daripada Jambatan Hongqi sepanjang kira-kira 758 meter di provinsi barat...

8 Maut, 20 Cedera Di Thailand Selepas Bas Rempuh Tiang Jambatan

14/03/2022
0

BANGKOK: Sekurang-kurangnya lapan penumpang maut dan lebih 20 cedera apabila sebuah bas dua tingkat melanggar tiang konkrit sebuah jambatan, dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd