• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawah Kerajaan PH, Pelabur Belum Yakin Ekonomi Negara

oleh Haris
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUR asing masih tidak mendapat gambaran jelas berhubung hala tuju dan dasar kerajaan Pakatan Harapan melibatkan ekonomi negara, menyebabkan mereka masih tidak yakin untuk kembali melabur di Malaysia.

Demikian ditegaskan oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan UMNO dalam satu wawancara eksklusif dengan Mynewshub pada 5 Oktober lalu.

“Kalau kita membaca laporan-laporan media antarabangsa terutama yang melibatkan kewangan dan ekonomi, kita dapat lihat (pelabur-pelabur) masih tidak mempunyai keyakinan untuk kembali ke Malaysia.

“Ini kerana mereka melihat kerajaan tidak mempunyai agenda yang jelas, misalnya adakah kerajaan baharu ini pro kepada pertumbunan ekonomi dan pembangunan,” jelasnya.

Sejurus kemenangan Pakatan Harapan pada Mei lalu, akhbar perniagaan Jepun, Nikkei Asian Review melaporkan kerajaan baharu membawa Malaysia ke arah ketidaktentuan ekonomi.

Janji-janji pilihan raya PH amat kurang perincian bagi membolehkan penilaian penuh terhadap kesan bajet dan makroekonomi, Nikkei memetik penganalisis dari Moody’s.

Menurut penganalisis itu lagi, penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan jika dilaksanakan tanpa sebarang penyesuaian lain, bakal menyebabkan kesan kredit negatif untuk bon kedaulatan Malaysia.

Katanya, menteri kewangan sehingga kini masih sibuk dengan sidang akhbar mendedahkan kepincangan berbanding melaksanakan tugas yang sepatutnya.

“Kalau kita lihat, menteri kewangan sibuk dengan sidang akhbar hampir setiap hari mendedahkan kepincangan yang lalu, menyebut tentang hutang negara (yang diperbesarkan,” katanya lagi.

Menjelaskan tentang hutang negara, Asyraf berkata hutang negara sebenarnya tidak akan dapat disifarkan, malah negara kaya turut berhutang untuk menunjukkan kemampuan kewangan untuk membayar balik hutang.

“Negara kaya seperti Brunei juga membuat pinjaman dan berhutang supaya ada agensi penarafan yang menilai dan memberi penarafan.”

Ketua Pergerakan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, ini penting untuk menunjukkan tahap ekonomi sesebuah negara, yang diperhatikan oleh dunia.

Beliau turut menolak manipulasi maklumat tentang hutang negara yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan.

Selama ini, PH memanipulasi isu hutang negara dan mengemukan angka hutang negara pada RM1 trilion.

Mereka turut menyebut bahawa negara hampir bankrap akibat jumlah tanggungan hutang yang besar ini.

“Apa yang penting ialah keupayaan membayar balik. Di bawah kerajaan yang lalu, Malaysia diberikan penarafan AA-, bermakna kita berkeupayaan untuk membayar balik.

“Malaysia tidak pernah gagal membayar balik, tidak pernah default.”

Menurut Asyraf lagi, Malaysia selama ini tidak pernah menggunakan rizab antarabangsa untuk membayar hutang, menunjukkan keadaan ekonomi negara yang kukuh.

Hutang Malaysia jelasnya dibuat untuk menampung perbelanjaan pembangunan, bukan untuk pembayaran gaji atau emolumen.

“Kerajaan yang lepas, walaupun dituduh banyak hutang, tetapi banyak memberi kebajikan kepada rakyat, seperti bayaran sara hidup bulanan untuk nelayan dan petani, manakala rakyat lain mendapat insentif termasuk BR1M.

“(Rawatan) di hospital juga, tidak pernah timbul isu seperti hari ini, di mana kerajaan mula bergerak ke arah (menuntut rakyat membeli) insurans.”

Kerajaan PH sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan untuk mewajibkan insurans kesihatan untuk rakyat Malaysia, bermakna perbelanjaan kesihatan terutama untuk golongan miskin bakal meningkat. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd