• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail, Fatimah Nama Paling Popular Di Malaysia

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian merupakan nama terpanjang di Malaysia dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata berdasarkan rekod JPN nama lelaki paling popular di negara ini ialah Ismail iaitu seramai 72,157 orang diikuti Ahmad (57,914) dan Abdullah (47,989).

“Manakala nama wanita yang popular ialah Fatimah iaitu seramai 74,605 orang, Zainab (41,450) dan Azizah (34,114),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi JPN 2018.

Jelas beliau, berdasarkan rekod JPN sehingga 30 Jun 2018 jumlah pemegang MyKad di seluruh negara ialah sebanyak 22,664,773 di mana 19,322,409 telah menukar MyKad Struktur Baru, 3,247,589 masih belum menukar MyKad Struktur Baru, 81,250 masih memegang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan 13,525 masih memegang Kad Pengenalan Pertama (KPP).

Mohammad Razin turut menyeru kepada pemegang MyKad yang masih belum menukar kepada MyKad Struktur Baru, pemegang KPT dan pemegang KPP untuk menukar kad pengenalan mereka.

Katanya, MyKad bercip struktur baharu ini dikeluarkan dengan memberi penekanan utama ke atas penambahbaikan dari segi kualiti, ciri-ciri keselamatan dan daya tahan MyKad yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

Jelas beliau, rekod dokumen pengenalan diri yang diuruskan JPN menjadi rujukan utama dan digunapakai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam pelbagai bidang termasuklah urusan keselamatan, perbankan, percukaian, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Tambah Mohammad Razin, maklumat dan data pendaftaran yang dikendalikan JPN turut digunapakai oleh agensi kerajaan lain seperti Agency Link – Up Systems (ALIS) yang sangat berkesan untuk mengelak dan membanteras kes-kes penipuan, pemalsuan dokumen pengenalan diri dalam urusan harian. — BERNAMA

Tags: JPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd